Marca melaporkan Gareth Bale sekali lagi berehat panjang kerana mengalami kecederaan hamstring.
Bale mengalami kecederaan tersebut pada Sabtu lalu, dalam sesi latihan. Oleh sebab itu Bale tidak beraksi dalam aksi bertemu Celta Vigo dalam aksi keempat La Liga musim ini.
Real Madrid tetap cemerlang dalam aksi tersebut, mencatatkan kemenangan 5-2 ke atas Celta Vigo. Karim Benzema terus cemerlang di hadapan gol dengan mencetak hatrik minit ke-24, 46 ‘dan 87’.
Dua gol lain untuk Real Madrid dijaringkan oleh Vinicius Junior pada minit ke-54 dan Eduardo Camavinga pada minit ke-72. Dua gol Celta Vigo diciptakan atas nama Santi Mina pada minit keempat dan Franco Cervi pada minit ke-31.
Bale terus dibelenggu masalah kecederaan sejak bersama dengan real Madrid. Kali ini hamstring kaki kanannya pula cedera.
Carlo Ancelotti pastinya merasa kehilangan Bale selepas pengurus itu menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Bale sekali lagi.
Lebih lebih lagi, Real Madrid kempunan untuk mendapatkan Kylian Mbappe untuk musim ini selepas dua bidaan mereka ditolak PSG.
🚨 Gareth Bale is injured again 🚨
He will be out with a hamstring injury for a very long time.#RealMadrid pic.twitter.com/g2mtVwygNv
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) September 13, 2021
Marca turut menjangkakan bahawa Bale akan terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia pada November hadapan. Di mana Wales akan bertemu Belarus dan Belgium.
Baca juga artikel
Barca Pernah Bida Neymar Dengan Harga Tak Masuk Akal, PSG Terus Tolak
Penyokong Ajax Kecewa UEFA Suruh Buang Logo ‘3 Little Birds’ Dari Jersi UCL