Wales tersingkir dari Euro 2020 setelah tewas 4-0 kepada Denmark dalam 16 perlawanan terakhir yang diadakan di Johan Cruyff Arena, Amsterdam.
Kapten Wales, Gareth Bale kecewa dengan prestasi mereka dan kemudian menyalahkan pengadil sebagai salah satu punca kekalahan mereka.
Menurut Bale, pengadil dipengaruhi oleh penyokong Denmark yang berada di dalam stadium.
Denmark meneruskan rekod cemerlang mereka ke atas Wales.
3 – Denmark have won each of their last three competitive meetings with Wales in a run stretching back to June 1999. Today's clash will be the first meeting between the sides in a major tournament. Preview. #EURO2020 #WAL #DEN pic.twitter.com/1U5RAbjjcc
— OptaJoe (@OptaJoe) June 26, 2021
Kasper Dolberg menjaringkan dua gol pada minit ke-27 dan ke-48. Manakala dua gol lagi adalah menerusi Joakim Maehle pada minit ke-88 dan Martin Braitwaite pada masa kecederaan.
Kekalahan tersebut membuatkan Bale sangat kecewa dan beliau mengkritik mutu pengadilan.
“Ini bukan yang kami inginkan. Pada pandangan saya, kami memulakan perlawanandengan sangat baik dan kemudian hala tuju perlawanan ini berubah.”
“Kami cuba mengawal permainan pada awal babak kedua, tetapi sebaliknya melakukan kesalahan. Ianya telah membunuh momentum pasukan kami,” kata Bale kepada wartawan selepas tamat perlawanan.
Gareth Bale juga meluahkan kekecewaannya kepada pengadil sebagai salah satu sebabnya. Menurut Bale lagi, pengadil Daniel Siebert seringkali membuat keputusan yang salah kerana dipengaruhi para penyokong Denmark yang hadir.
Bale berpendapat bahawa gol kedua Denmark seharusnya tidak disahkan kerana rakannya Kieffer Moore dikasari terlebih dahulu sebelum gol itu terhasil.
“Apabila kamu mendapat bola dari belakang seseorang, itu adalah satu pelanggaran yang jelas.”
Denmark’s controversial second goal. In the buildup, Kieffer Moore is clearly fouled but no foul is given and Denmark score. This has to be down to the “phase of play” rule. If an foul occurs before a goal but they’re in different “phases of play”, VAR can’t overturn it. pic.twitter.com/FGdv9ol2gH
— Referee Decisions (@Ref_Decisions) June 27, 2021
“Saya merasakan pengadil dipengaruhi oleh peminat di sini. Tetapi tak guna cuba mencari alasan. Mengecewakan, hanya itu yang dapat saya katakan,” kata Bale.
Denmark mara ke suku akhir dan akan menanti pemenang antara Belanda dan Republik Czech. Perlawanan suku akhir akan diadakan di Stadium Olimpik, Baku, Azerbaijan, pada 3 Julai.
Selain daripada tak berpuas hati dengan pengadil, Bale turut kecewa dengan soalan tentang persaraannya.
👀 Gareth Bale storms off when asked about possible retirement, as Wales unhappy with referees after #EURO2020 exit. Full details ⤵️ #WAL https://t.co/TZdBQ4NCnL
— NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) June 26, 2021
Di mana pemain antarabangsa Wales itu telah meninggalkan wartawan yang masih belum habis membacakan soalan tentang persaraannya.
Wartawan mahu bertanya sama ada itu adalah aksi Euro terakhir Bale bersama dengan Wales.
Gareth Bale just walked off mid BBC Sport interview 😅😅😅 #WAL pic.twitter.com/AKFykqpWPM
— Ryan Williams (@razza_699) June 26, 2021
Baca juga perkembangan Euro 2020 yang lain:
Euro 2020: Itali Dipaksa Bekerja Keras Sebelum Layak Ke Suku Akhir