Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berpendapat bahawa pasukannya sepatutnya mendapat penalti dalam aksi menentang Young Boys.
Man United memulakan kempen UCL mereka kali ini berdepan dengan pasukan kerdil Young Boys. Di mana Syaitan Merah telah dikejutkan oleh pasukan tersebut dengan kekalahan 2-1.
Man United awalnya dianggap tidak ada masalah untuk mencipta satu lagi kemenangan selepas Cristiano Ronaldo berjaya sekali lagi meletakkan United di hadapan sewal ini ke-13.
Sebelum rehat Aaron Wan Bisaaka dilayangkan kad merah selepas kekasarannnya ke atas Christopher Martins Pereira.
Ole Gunnar Solskjaer kemudian mempersoalkan pengadil yang tidak memberikan penalti kepada mereka seleaps Cristiano Ronaldo dijatuhkan Mohamed Camara.
Pengadil, Francois Letexier tidak melayan permintaan daripada kemn United.
Young Boys memanfaatkan kelebihan seorang pemain yang mereka ada. Nicolas Moumi Ngamaleu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-66.
Ketika aksi seakan akan berakhir 1-1, Jesse Lingard melakukan kesilapan dengan menolak bola ke belakang yang terus dirampas oleh lawan.
Jordan Siebatcheu berjaya menjaringkan gol kedua untuk memastikan Young Boys mencipta sejarah kemenangan yang luar biasa ke atas Manchester United.
Selepas tamat perlawanan, Ole Gunnar Solskjaer memuji ketajaman Ronaldo dan pada masa yang sama mempersoalkan tindakan pengadil.
“Kamu tidak boleh terkejut orang seperti Ronaldo menjaringkan satu lagi gol. Dia juga patut mendapat penalti dan membuatkan pemain lawan dibuang padang.”
Menjelaskan pertukaran pemain yang dibuatnya yang melibatkan Ronaldo. Di mana pemain no.7 itu dikeluarkan digantikan dengan Jesse Lingard, Ole berkata: “Dia [Ronaldo] luar biasa, namun kami harus menjaganya, dan merasakan bahawa itu adalah masa yang tepat untuk mengeluarkan dia.”
Solskjaer felt Ronaldo should have had a penalty at 1-0 but referee was too inexperienced to make the call #mufc https://t.co/fgmYdfvxaR
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) September 14, 2021
Berkenaan dengan keputusan pengadil, Ole berkata: “Dia [pemain lawan] menarik Ronaldo dan ketika itu, Ronaldo dalam situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol. Dan itulah yang berlaku apabila kamu bermain dengan pengadil yang muda.”
Solskjaer turut mengakui bahawa mereka harus menyalahkan diri sendiri di atas satu lagi kekalahan dalam aksi UCL di tempat lawan selepas tewas di tangan Istanbul Basaksehir dan RB Leipzig.
“Hilang fokus, melakukan kesilapan dan kamu dihukum. Kami melakukan kesilapan yang sama tahun lalu, melepaskan dua gol mudah daripada situasi serangan balas ketika menentang Basaksehir. Kemudian hari ini kami kalah pada saat akhir.”
“Jesse sebenarnya cuba memastikan bola itu selamat dan tersilap membuat hantaran yang membawa kepada gol lawan. Tetapi perkara seperti itu biasa dalam bola sepak.”
Seterusnya Ole juga kecewa dengan disiplin pemainnya pada kali ini.
“Disiplin memainkan peranan sangat besar dalam perlawanan ini. Aaron biasanya merupakan seorang pembentes yang sangat baik, salah seorang yang terbaik di dunia.”
“Kami tahu, kami sendiri yang memberikan tugasa sukar kepada kami. Sama macam musim lalu, kami ingat kami dan lepas selepas 2 perlawanan.”
“Kamu perlukan 10 ataupun 12 mata, menang aksi di halaman sendiri dan 1 aksi di tempat lawan.”
“Hari ini kami terlepas peluang membawa 3 mata dari tempat lawan, namun kami selepas ini ada 2 perlawanan di tempat sendiri, dan harus fokus kepada 2 perlawanan ini.”
Baca juga artikel
Barca Pernah Bida Neymar Dengan Harga Tak Masuk Akal, PSG Terus Tolak
Penyokong Ajax Kecewa UEFA Suruh Buang Logo ‘3 Little Birds’ Dari Jersi UCL