Pemain tengah Belgium, Kevin de Bruyne akhirnya mengakhiri persoalan mengenai masa depannya di Manchester City di mana Kevin de Bruyne bersetuju untuk menandatangani kontrak baru dengan jangka masa empat tahun.
Ini bermakna, De Bruyne akan terus kekal di Manchester City sehingga 2025. Paling menarik, Fabrizio Romano melaporkan De Bruyne berunding dengan kelab tanpa melalui ejennya.
Kevin de Bruyne has negotiated his new Manchester City contract *without* any agent involved. It’s something very rare, maybe incredible in today’s football.
Next step for #MCFC contract negotiations: Raheem Sterling and Gabriel Jesus talks. Phil Foden, untouchable. 🔵 #ManCity
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 7, 2021
De Bruyne merupakan salah seorang pemain tengah terbaik dalam generasi beliau, dan musim lalu beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan PFA.
Kontrak semasa De Bruyne masih berbaki dua tahun. Namun Man City telah berikrar akan mencuba sedaya upaya memujuk pemain itu untuk kekal lebih lama. Hal ini kerana pemain berusia 29 tahun telah memainkan peranan besar dalam perancangan Pep Guardiola.
“Saya tidak boleh lebih bahagia dari ini, sejak bergabung dengan City pada tahun 2015, saya merasa diri berada di rumah. Saya suka dengan para peminat, keluarga saya tinggal di sini di Manchester dan permainan saya sendiri berkembang dengan baik di sini,” kata Kevin de Bruyne.
Seterusnya De Bruyne menegaskan bahawa faktor Guardiola adalah sangat penting di dalam keputusannya.
“Kelab bola sepak ini sedang dipacu menuju kejayaan. Kelab ini menawarkan semua yang saya perlukan untuk memaksimumkan prestasi saya, jadi menandatangani kontrak ini adalah keputusan yang mudah.”
“Saya bermain bola sepak terbaik dalam karier saya di sini, dan jujur saya rasa masih ada banyak cabaran yang harus dilalui. Pep dan saya melihat bola sepak dengan cara yang sama,” sambung beliau lagi.”
The story continues! 💙 #KDB2025 pic.twitter.com/MgShNY30Hh
— Kevin De Bruyne (@KevinDeBruyne) April 7, 2021
“Memiliki hubungan yang baik dengan jurulatih sangat penting bagi saya. Kerana tujuan kami benar-benar sama, dan kami menginginkan hal yang sama. Fokus saya sekarang adalah memastikan kami berjaya mengakhiri musim ini,” tambah KDB lagi.
“Hasil dan persembahan kami setakat ini sangat baik, tetapi kami harus memastikan kami mengakhiri musim dengan trofi yang selayaknya kami dapat.”
Kevin de Bruyne bergabung dengan Manchester City setelah menandatangani kontrak dari kelab Jerman Wolfsburg pada bulan Ogos 2015.
Sebelum itu beliau dilepaskan oleh Chelsea dengan harga lelong. Dan dianggap sebagai salah satu penjualan paling merugikan oleh kelab tersebut. Ini kerana sejak daripada itu, De Bruyne berkembang menjadi pemain tengah elit.
Baca juga artikel lain: