Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne baru-baru ini diberi kesempatan untuk memberi pandangan mengenai bantuan gol terbaik dalam saingan Liga Super setakat ini.
Baca Juga:
- TRW Kelantan Bakal Bawa Masuk Ramai Pemain Berkualiti
- Kevin De Bruyne Tak Pandang UNL: “Ianya Piala Yang Tidak Penting”
- Arteta: Kami Perlu Terima Hakikat Man City Jauh Lebih Baik Berbanding Arsenal
Menurut perkongsian Stadium Astro, De Bruyne disajikan dengan empat bantuan gol yang dicipta oleh Habib Haroon (Terengganu), Fernando Forestieri (JDT), Ikhwan Yazek (TRW Kelantan) dan Wan Zack Haikal (Perak).
Manchester City’s very own assist king Kevin de Bruyne takes a look at some of the best assists from the Malaysia Super League this season! 😍 pic.twitter.com/10EBmLFdJN
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) May 5, 2023
Beliau memilih bantuan gol yang dilakukan oleh Ikhwan Yazek ketika Kelantan berdepan dengan Kuala Lumpur City sebagai assist yang paling digemari oleh beliau.
‘Cara dia (Ikhwan) melakukan hantaran di antara pemain lawan dan rakan sepasukan kemudiannya menjaringkan gol. Dia memudahkan rakan untuk mencipta jaringan,” katanya.
Bagi assist Habib, pemain skuad kebangsaan Belgium itu berpendapat bantuan gol tersebut baik kerana Habib melorongkan bola bagi Jordan Mintah berada dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Kuching City.
Bagi assist yang dilakukan oleh Forestieri ketika berdepan KL City, Kevin De Bruyne menganggap bantuan gol tersebut biasa saja dan tiada yang istimewa daripada bekas pemain Watford itu.
Akhir sekali, De Bruyne turut memuji bantuan gol Wan Zack ketika Perak turun menentang Kelantan kerana pemain itu tidak melihat dimana posisi rakan sepasukan dan meletakkan bola di kawasan yang berbahaya.
Semoga dengan reaksi dari De Bruyne ini dapat menaikkan semangat para pemain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia agar terus menampilkan prestasi terbaik serta terus meningkatkan kualiti permainan.