Kevin De Bruyne selamatkan Man City daripada kekalahan di Bernabeu dengan gol cantik separuh masa kedua.
Pasukan pelawat tampil dominan sepanjang perlawanan. Namun Real Madrid dengan gaya tipikal mereka, menghadirkan ancaman gol terhad dan menyudahkannya.
Real Madrid berjaya mendahului menerusi gol Vinicius Jr pada separuh masa pertama pada minit ke-36. Dan itu adalah percubaan pertama daripada penyandang juara UCL itu dalam aksi malam tadi.
RODRYGO AND VINICIUS WERE PERFECTLY IN SYNC ON THIS CELEBRATION đŸ˜¤ pic.twitter.com/4zN7AafMEo
— ESPN FC (@ESPNFC) May 9, 2023
Gol itu adalah yang ke-22 dicatatkan Vini Jr pada musim ini secara peribadi. Dan menjadikan dia sebagai salah seorang pemain yang berhak dibincangkan sebaris dengan nama Haaland dan Mbappe pada masa ini.
Haaland tidak bermaya
Madrid turut berjaya mematikan sepenuhnya ancaman penyerang maut Erling Haaland. Dengan Antonio Rudiger ditugaskan bermain sistem man to man marking dengan Haaland.
Bekas pemain Chelsea itu benar benar memberikan Haaland malam yang sukar.
Man City beberapa kali menguji gawang Real Madrid, tetapi pertahanan Real Madrid dan Thibaut Courtois sangat ampuh bertahan.
Magis De Bruyne selamatkan skuad Guardiola
Walaubagaimanapun, percubaan deras De Bruyne menyebabkan kedudukan terikat menjelang perlawanan kedua di Manchester minggu depan.
Ianya memerlukan magis daripada kaki De Bruyne untuk selamatkan City daripada kekalahan yang mereka tidak berhak terima.
đŸ’™ pic.twitter.com/gQHfrChivB
— Kevin De Bruyne (@KevinDeBruyne) May 9, 2023
Pemenang UCL terbanyak dengan 14 kali kejuaraan itu menumbangkan City pada peringkat yang sama musim lalu walaupun didominasi dalam dua perlawanan timbal balik.
Dan mereka sedia melakukannya sekali lagi pada musim ini. Dengan Real Madrid mengejar UCL sebagai sasaran utama mereka memandangkan La Liga sudah mustahil untuk mereka pertahankan.
Manchester City masih mengejar treble mereka pada musim ini. Di mana City memiliki kelebihan dalam persaingan kejuaraan EPL Dan sudah pun mengesahkan tempat dalam final Piala FA.
UCL masih menjadi piala idaman utama peminat Man City. Kerana ianya kekal menjadi piala yang tiada dalam koleksi mereka pada masa ini.
Pep Guardiola sendiri mahu menamatkan kemarau kejuaraan UCL beliau, sejak kali terakhir memenanginya sebagai pengurus ketika di Barcelona.
Saksikan rangkuman aksi di sini: