Kevin De Bruyne berkongsi pandangan beliau tentang Piala Negara Negara Eropah (UNL). Di mana menurut perancang tengah Belgium itu, ianya adalah pertandingan yang tidak penting.
UNL akan membuka tirainya sekali lagi pada tidak lama lagi. Ianya merupakan kejohanan yang diwujudkan UEFA untuk dimasukkan dalam kalendar antarabangsa yang sebelum ini banyak melibatkan aksi persahabatan.
Dengan adanya UNL, ianya dilihat sebagai daya penarik untuk kelab melepaskan pemain beraksi pada minggu antarabangsa.
Tetapi De Bruyne tidak teruja dengan kejohanan seperti ini yang menurutnya lebih kepada perlawanan persahabatan yang disensasikan oleh media dan peminat.
Lagipun UNL berlangsung selepas para pemain melalui musim domestik yang panjang dan sangat sukar.
Bercakap kepada outlet media HLN, De Bruyne berkata: “UNL adalah kejohanan yang tidak penting di mata saya.”
“Ianya hanyalah perlawanan persahabatan yang disensasikan selepas musim yang panjang dan sukar. Saya tidak teruja untuknya.”
“The Nations League is unimportant in my eyes. Just glorified friendlies after a long and tough season. I am not looking forward to it.”
That’s Kevin De Bruyne for you. pic.twitter.com/Q08ohDNq3r
— Kristof Terreur (@kristofterreur) May 30, 2022
Kevin De Bruyne masih menikmati rehat selepas kejayaan membantu Manchester City menjuarai EPL musim 2021/22.
Dia juga dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA musim ini.
De Bruyne masih mencari kejuaraan major pertama bersama dengan Belgium yang dianggap sebagai pasukan generasi emas pada era mereka.
De Bruyne merupakan pemain yang menjadi nadi penting untuk kelab dan negaranya. Dikenali dengan gaya permainan yang lasak dan kemampuan menghadirkan magis dengan rembatan derasnya.