Kegagalan Leeds United memenangi promosi dalam 16 tahun merupakan salah satu keraian dan kebahagian pada penyokong Manchester United.
Beberapa minit selepas mengucapkan tahniah kepada Leeds, Marcus Rashford memadam semula Tweet mengucapkan tahniah kepada Leeds.
That tweet didn't last longhttps://t.co/v0ZdNuFt9i
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 17, 2020
Dari sini kita semua dah tahu betapa intense/tegang derbi ini bagi penyokong Man United dan Leeds.
Marcus Rashford is a Leeds United fan, pass it on… #LUFC pic.twitter.com/CMJ4l0eSKW
— WeAllLoveLeeds (@AllLeeds3) July 17, 2020
Derbi yang semakin dilupakan kerana kasta pasukan
Walaupun dalam beberapa tahun ini Man United tidak segah zaman Sir Alex Ferguson, namun ketika mereka meraikan naib juara EPL dan Europa sudah cukup bagi mereka berbangga dengan kegagalan Leeds dan Liverpool yang tersangkut di beberapa kejohanan piala.
Musim lalu peminat Man United lebih rela menumpang gembira dengan jiran tetangga mereka Man City dan ketawa melihat kegagalan Liverpool memenangi liga. Dan ketika itu Liverpool ada defisit 3 gol di belakang Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.
Walaupun sudah beberapa tahun Man City menamatkan saingan liga di atas United dalam kebelakangan ini, sekurang kurangnya Setan Merah melihat kegagalan Liverpool dan kegagalan Leeds mara ke EPL.
Namun Liverpool berjaya menterbalikkan defisit dan menjuarai Liga Juara Juara Eropah. Ianya bukan perkara yang disukai Man United.
Dan musim ini Liverpool memenangi Piala Super Eropah, Piala Dunia kelab serta mengakhiri musim dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Pandemik hampir pasti mematikan impian Liverpool dan Leeds dalam usaha mereka masing masing mahu menjadi juara liga.
Namun pandemik juga tetap tak mampu membantu peminat Man United daripada menelan hakikat bahawa Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris dan kemudian Leeds ‘The Damned’ United mara pula ke EPL.
Nikmat tak kalah 19 perlawanan pada hari ini diganggu dengan kembalinya musuh jahat mereka Leeds United.
Musim lalu, Leeds United menjalani musim yang antiklimaks di bawah kepemimpinan Marcelo Bielsa. Setelah lama memimpin liga, Leeds akhirnya terpaksa mengharungi play off selepas menamatkan saingan di tangga ketiga.
Bielsa sekali lagi bertemu dengan Lampard di play off semifinal selepas insiden spygate.
Peminat Man United meraikan satu tahun lagi tanpa Leeds. Pasukan yang mereka pernah rembat bintang mereka untuk dijadikan legenda di Old Trafford seperti Cantona, Rio Ferdinand dan cult hero, Alan Smith.
Leeds tewas dan ramai menjangkakan Bielsa akan angkat kaki selepas tekanan teruk media Inggeris. Tak!
Bielsa kekal di sana.
Derbi Mawar yang penuh kebencian
Leeds sendiri merupakan salah satu pasukan Inggeris yang kaya dengan sejarah dan tradisi. Namun sejak disingkirkan dari EPL pada 16 tahun lalu, mereka menjadi bahan ketawa penyokong United. Terutama sekali pernah terhumban ke divisyen 3.
Kedua dua pasukan jauh terpisah dari segi kasta.
Ramai yang mulai lupa akan sejarah perseteruan di antara dua kelab ini yang ceritanya sangat panjang.
Malah perseteruan mereka digelar Roses Derby ataupun Derbi Mawar. Nama derbi itu sendiri sangat dalam maksudnya.
Segalanya bermula pada era perperangan di England pada 1455-1487 – perang yang digelar ‘The War of The Roses’.
Perang ini adalah perang saudara di dalam Dinasti Tudors di antara keluarga York dan Lancaster yang berebut tahta kerajaan Inggris.
Dalam pertempuran ini, keluarga York mengibarkan simbol kebesaran mereka yakni mawar putih.
Sementara keluarga Lancaster dengan simbol mawar merah. Inilah alasan mengapa perang ini diberikan nama ‘Perang Mawar’.
Perang yang memakan ribuan korban nyawa ini akhirnya reda setelah Raja Henry VII yang berasal dari Lancashire menikahi Elizabeth, anak perempuan Edward IV yang berasal dari Yorkshire.
Perdamaian pun tercipta di antara kedua dua kota. Lambang mawar merah dan putih akhirnya menjadi lambang rasmi Kerajaan Inggris di bawah pemerintahan Henry VII.
Julukan Roses Derby pada aksi Manchester United vs Leeds United muncul kerana sejarah ini dan faktor geografinya.
Man United berada di wilayah Lancashire, sedangkan Leeds United ada di wilayah Yorkshire. Warna rasmi jersi kedua dua pasukan lebih daripada sekadar warna jersi. Ianya mewakili kota mereka.
Man United menukar warna rasmi pasukan bola sepak mereka daripada hijau kepada merah untuk nampak lebih garang. Ia menambahkan lagi perencah dan rempah dalam adunan derbi ini.
Man United pada hari ini jauh lebih berjaya berbanding Leeds dan lebih kaya. Namun Leeds peduli apa dengan semua itu. Apa yang peminat mereka tahu, nak bertemu penyokong Man United. Malah di pub, di jalanraya pastinya kawalan keselamatan akan diketatkan setiap kali pertemua Roses Derby ini.
LEEDS BACK TO THE PREM!
ROSES DERBY IS BACK!pic.twitter.com/ADBogvC5Gl— Ballgunjing Podcast (@ballgunjing) July 18, 2020
Malah jurulatih akademi Man United, Nicky Butt pernah menyatakan bahawa para pemain Akademi mereka diajar tentang perseteruan ini.
Betapa besarnya makna derbi ini kepada Man United.
Butt berkata: “Saya banyak pergi ke perlawanan Leeds ketika saya kecil bersama pak cik dan sepupu serta ayah saya di Elland Road dan banyak kenangan manis.”
“Saya tak perlu nak jelaskan perseteruan ini macamana.”
“Ianya perseteruan sihat, Leeds kelab besar, dan saya tak sabar nak tunggu mereka naik ke EPL. Ya saya jujur.”
Butt menyatakan walaupun selama ini derbi Mawar ini seakan akan dilupakan oleh ramai peminat di luar sana, namun tidak sesekali di pengkalan Man United.
“Kami tahu mereka sentiasa ada.”
Man Utd coaches 'teach' academy starlets about bitter Leeds rivalry #mufc #ManUtd https://t.co/NHQ3rpX6BW
— Man Utd Latest (@ManUtdLatestCom) February 5, 2020
Pengkhianatan Pemain
Walaupun Man United menganggap Liverpool sebagai musuh sejati mereka, namun Leeds menganggap Man United adalah musuh sejati.
Di atas padang, ada beberapa pemain Leeds yang pergi menerima pinangan Man Uniyed. Pada 1978, dua bintang Leeds united, Joe Jordan dan Gordon McQueen, ke Man United.
Gordon McQueen sebelum itu pernah berikrar yang menyatakan ingin mengakhiri karier di Leeds, namun tiba tiba dia menerima lamaran Man United.
Perkara ini membuatkan penyokong Leeds sangat marah. Pada era moden, pada awal 90-an. Eric Cantona, bintang Leeds United telah memutuskan untuk menyertai skuad emas Sir Alex Ferguson.
Dan beliau menjadi legenda di United digelar King Cantona. Dengan Cantona yang membantu Man United juara liga, dirinya pun dibenci penyokong di Elland Road.
Namanya tidak lagi dianggap legenda oleh penyokong fanatik Leeds. Ini diikuti oleh Rio Ferdinand dan Alan Smith beberapa dekad selepas itu. Masalah kewangan membuatkan Leeds terpaksa melepaskan ramai bintang.
Namun penyokong Leeds masih tak gemar dengan 2 pemain yang dianggap berjiwa Leeds sejati itu memilih Man United. Kalau Cantona mungkin kerana dia orang luar, maka dia tak kisah sangat perseteruan.
Pada musim ini Leeds United mengesahkan promosi mereka ke liga utama. Dan perseteruan Roses Derby yang sebelum ini sudah dilupakan ramai dan hanya diingati oleh mereka di Lancashire dan Yorkshire akan kembali lagi.
After 16 years away, @LUFC are finally promoted back to the Premier League 🙌⚪ pic.twitter.com/l8It5LFJCb
— B/R Football (@brfootball) July 17, 2020
Namun ramai juga penyokong Man United sudah tak sabar menyaksikan derbi ini kembali semula dalam bola sepak Inggeris.