Manchester City gagal menang menentang Leeds United. Pengurus City, Pep Guardiola menganggap keputusan seri adalah keputusan yang cukup adil untuk kedua-dua pasukan.

Skuad Guardiola diberikan malam yang sangat sukar oleh skuad Marcelo Bielsa yang bermain dengann sistem 1 v 1 hampir di semua bahagian dengan Man City.

Cityzens mendapat gol pertama pada minit ke-17. Raheem Sterling membuka tirai jaringan di Elland Road dengan lencongan rendah sangat cantik.

Leeds menunjukkan semangat juang yang tinggi. Di man pada separuh masa kedua mereka membuatkan ramai pemain Manchester City keletihan dengan corak permainan bertenaga.

Ederson boleh dikatakan hero kepada City dalam usaha mereka mengelakkan diri daripada kalah. Ederson melakukan 6 saves dalam perlawanan ini.

Beliau menafikan peluang 1 lawan 1 dengan Bamford.

Namun malang sekali, Ederson melakukan kesilapan penjagaan gol dan memberikan gol kepada pemain gantian – Rodrigo – pada minit ke-59.

Leeds mencipta lebih banyak peluang bahaya. Sementara City hanya melakukan 2 percubaan tepat sepanjang perlawanan.

Dengan keputusan seri ini, City berada di kini berada di tangga ke-11. Ini selepas mereka hanya mengutip 4 mata daripada 3 perlawanan.

Guardiola: Keputusan yang adil

Selepas tamat perlawanan, Guardiola mengatakan bahawa kedua-dua pasukan telah menunjukkan permainan menyerang sejak awal perlawanan. Oleh itu, keputusan seri adalah keputusan yang baik untuk kedua-dua pasukan.

“Keputusan yang cukup baik. Kedua dua pasukan saling menyerang dan itu adalah perlawanan yang baik dan keputusan yang adil,” kata Guardiola di laman web rasmi Man City.

“Kami mempunyai 30 minit pertama yang luar biasa di mana kami dapat menjaringkan banyak gol. Tetapi kami juga tahu bahawa kami menghadapi pasukan yang bermain sehingga wisel penamat.”

Guardiola juga mengakui bahawa Leeds bukanlah lawan yang mudah dikalahkan. Menurutnya, pasukan Marcelo Bielsa telah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang bagus.

“Leeds United telah membentuk serangan dengan baik di mana penjaga gawang menyokong pemain lain di hadapannya.”

“Tidak mudah untuk menghadapi mereka. Semua pemain yang mereka turunkan menunjukkan kemampuan mereka masing masing.”

“Kami datang ke sana dan mempamerkan permainan yang bagus – kami lebih menyerang daripada biasa. Tetapi mereka juga telah menunjukkan betapa baiknya pasukan mereka.”

“Saya fikir kedua-dua pasukan telah menunjukkan permainan yang menghiburkan, kedua-dua pasukan berusaha untuk menang dari minit pertama.”

“Mereka adalah pasukan yang hebat. Musim lalu mereka memenangi Liga Kejuaraan dan telah menunjukkan prestasi yang baik di Liga Premier setakat ini.”

Rata rata peminat bola sepak terhibur dengan aksi semalam. Bielsa memberikan masalah kepada Pep Guardiola dengan pasukan beliau yang jelas tidak lebih baik daripada City berdasarkan kualiti pemain.

Tetapi mereka bermain dengan sistem yang jelas dan sangat berkeyakinan.

Baca juga perkembangan lain

Puji Pujian Klopp Kepada Leno Dan Arsenal Selepas Disingkirkan The Gunners

Mourinho Kecewa Dengan VAR: “Baik Berikan Wang Saya Kepada Kebajikan Berbanding FA”

Morata Pulang Kerana Nak Tolong Juventus Julang UCL