Alvaro Morata sedar bahawa projek UCL di Juventus masih lagi projek utama.
Ianya salah satu sebab kenapa mereka sebelum itulah mereka membawa masuk Cristiano Ronaldo musim lalu ke Turin dengan harga €108 juta.
Namun ianya masih belum dapat untuk mengakhiri impian Juventus yang mahu memenangi UCL pada era monopoli mereka dalam Serie A ketika ini.
Lalu Alvaro Morata yakin beliau akan dapat membantu bekas pasukannya untuk menjuarai UCL.
Morata tiba di Juventus secara pinjaman dari Atletico Madrid. Di mana Juventus ada opsyen untuk membeli pemain itu dengan nilai €45 juta ataupun membayar €10 juta untuk lanjutan pinjaman semusim lagi.
Have a great medical, @AlvaroMorata! 👍🏼
📸https://t.co/Rh7xNiQKVD#FinoAllaFine #ForzaJuve pic.twitter.com/9LZ0tYsO2N
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) September 22, 2020
Morata sebelum ini pernah bermain untuk Juventus dari 2014 sehingga 2016. Beliau menjaringkan 27 gol daripada 93 penampilan.
Morata kembali semula ke Real Madrid untuk musim 2016/17 dan membantu kelab itu menjuarai UCL. Di mana Real Madrid menewaskan Bianconeri di final.
Juventus kali terakhir memenangi UCL pada 1996. Dan kini ianya menjadi salah satu misi utama Morata dalam kepulangan semulanya kalu ini.
“Juventus membawa saya ke sini ketika saya lebih muda dan ini adalah kepulangan impian saya.:
“Meninggalkan Juventus, bukannya keputusan saya [merujuk kepada Madrid mengaktifkan klausa beli balik]. Saya gembira di Madrid, namun kini sangat penting untuk saya berada di sini.”
⚪️⚫️ Álvaro Morata at Juventus = ________@juventusfcen | #UCL https://t.co/rKSk125yEg pic.twitter.com/Q2USxqEcTn
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) September 23, 2020
“Selama ini saya berhubung dengan mereka yang ada di sini, dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”
“Ia adalah kenangan indah dan kini kita sedia untuk berhadapan dengan cabaran baharu.”
“Liga Juara Juara Eropah sangat penting untuk Juventus. Jika kita menang musim ini, saya akan menjadi manusia paling bahagian di dunia. Kita mahu memenanginya.”
Morata sedar ada beberapa pihak meragui dirinya. Namun Morata sudah sedia membuktikan pengkritik adalah salah.
“Dulu masa saya lebih muda, saya ambil pusing kritikan orang. Dan sekarang saya dah matang.”
“Saya tahu saya perlu bekerja keras dan jelas tentang apa yang saya mahu lakukan.”
“Saya gembira kembali semula ke sini. Saya kembali ke Turin sebagai seorang yang serba serbi lebih matang.”
“Saya berada di tempat dan masa yang betul. Saya tahu apa yang harus saya lakukan. Saya ada pengalaman yang boleh membantu pasukan.”
Alvaro Morata calls his #Juventus return ‘the chance of a lifetime’, backs Andrea Pirlo the coach & believes the Bianconeri will win the Champions League https://t.co/qBbyvUOjWH #UCL pic.twitter.com/n2eOnh7TEQ
— Football Italia (@footballitalia) September 25, 2020
“Juventus adalah peluang seumur hidup kamu.”
Morata juga menegaskan beliau gembira dapat bergabung semula dengan Cristiano Ronaldo.
“Saya pernah bermain dengan Cristiano Ronaldo ketika di Los Blancos. Saya sangat kenal dengan Cristiano, dia gembira.”
“Kami banyak bercakap, walaupun sebelum saya kembali ke sini.”
Baca juga perkembangan
EPL: Chelsea Berkeringat Kejar 3 Gol, Tammy Abraham Tuntut Kredit Daripada Peminat
EPL: Penalti Minit Ke-100 (Selepas Wisel Penamat) Fernandes Hadiahkan Kemenangan Pertama United