Pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah menyatakan kekecewaannya dengan seri saat akhir di tempat sendiri menentang Slavia – yang menurut Arteta:’pahit untuk ditelan’.

Arteta kesal pasukannya gagal menggunakan kesempatan terbaik untuk menang tanpa memberikan lawan mereka ‘away goal’ dalam aksi berdepan Slavia Prague pada aksi suku akhir pertama Liga Europa.

Arsenal turut mempersiakan banyak peluang keemasan terutama sekali daripada Bukayo Saka serta Alexandre Lacazette.

https://twitter.com/i/status/1380396297149112320

Arsenal dilihat bakal menang tipis 1-0 selepas gol pada minit ke-86 oleh pemain gantian, Nicolas Pepe. Arsenal turut menyaksikan dua percubaan mereka terkena tiang gol.

Lebih pedih, Arsenal melepaskan bolos pada masa kecederaan minit ke-90+3 menerusiĀ  Tomas Holes dari situasi sepakan penjuru.

Ini bermakna, Arsenal ada tugasan besar pada aksi kedua di Slavia – pasukan yang sebelum ini menyingkirkan 2 kelab Inggeris iaitu Leicester dan Rangers.

Arteta berkata: “Kami mengawal perlawanan ini dan mendapat gol yang kita cari. Tapi kita terlepas peluang yang sangat sangat besar.”

“Kemudian kita bermain dua atau tiga bola di kawasan kamiĀ  sendiri, yang sepatutnya kami elakkan. Kami meletakkan diri kita dalam tekanan. Kemudian, kami memberikan sepakan penjuru. Dari situ mereka mengarahkan seberapa ramai pemain mereka berada dalam kotak penalti dan segalanya boleh berlaku.”

“Ianya membuatkan perasaan kita banyak berubah selepas perlawanan. Kami sedar, kami ada peluang untuk mengubah keadaan dengan 5 pertukaran, dan kami rasa ianya masa yang tepat bagi mereka [Slavia] menyusun pasukan mereka dan pada detik yang tepat, impak yang besar terhasil.”

“Dalam pertandingan ini, kami tahu pemain gantian boleh memberikan banyak perbezaan. Mereka memberikan impak yang kami perlukan, malangnya, kami tidak memanfaatkannya untuk mendapatkan hasil yang kami mahukan.”

“Ini perlawanan sukar kerana pasukan lawan sangat bagus, mereka sudah menewaskan pasukan pasukan besar sebelum ini. Dan sangat sukar menentang mereka.”

“Cara mereka melakukan banyak duels, dengan banyak situasi ‘man to man’ dan kamu harus mencari penyelesaian berhadapan dengannya. Apa yang kita boleh lakukan adalah mencipta seberapa banyak peluang yang boleh.”

“Saya berpendapat kami bermain dengan efektif ketika melakukan tekanan di garisan tinggi. Kita memenangi semula bola dengan kerap. Benar, mereka memiliki kapasiti yang kuat untuk duel, ketika mereka memanangi bola, mereka akan cuba menyerang balas tetapi saya rasa kami berjaya mengawal perlawanan dengan baik sekali.”

“Ianya lebih kepada keputusan akhir, itu yang membuatkannya pahit untuk ditelan. Kita perlu memenangi perlawanan kedua nanti. Mentaliti kami adalah untuk pergi ke sana dan menang.”

“Ya kami tahu kami sekali lagi harus menjaringkan gol.”

Arteta tetap yakin pasukannya akan mara ke separuh akhir.

Baca juga artikel:

Ramos: Tanpa Messi Bersama Barca, Real Madrid Akan Menang Lebih Banyak Piala

UCL: 2 Gol Mbappe Dan 2 Assist Neymar Tumbangkan Bayern

RASMI: De Bruyne Kekal Di City 4 Tahun Lagi, Rundingan Tanpa Melalui Ejen