Mendy buat kesilapan maut dalam aksi kekalahan Chelsea di tangan Leeds United di Elland Road.
Skuad bimbingan Thomas Tuchel mahu bangkit daripada keciciran mata pada masa kecederaan dalam derbi London sebelum ini, dalam aksi yang sarat dengan drama termasuk kad merah kepada Tuchel dan Conte.
Chelsea mahu membawa pulang 3 mata dari Elland Road.
Namun di atas padang, Leeds benar benar pasukan lebih baik. Leeds lebih intensif dan tak berhenti berlari.
Walaupun Chelsea lebih dominan, namun dari segi kualiti produk akhir, Chelsea ternyata di belakang Leeds dalam banyak aspek.
Intensiti skuad bimbingan Jesse Marsch itu melemaskan Chelsea terutama sekali di tengah.
Pada minit ke-33, Leeds akhirnya di hadapan. Ianya adalah kerana Mendy buat kesilapan maut ketika dia memutuskan mahu menggelecek Brenden Aaronson.
Mendy gagal menggelecek pemain Leeds itu dan membolehkan Aaronson melihat gawang ternganga di hadapannya untuk gol pertama. Ternyata Mendy membuat perkiraan yang salah dalam tindakannya.
A big misjudgement from Edouard Mendy 😬#LEECHE pic.twitter.com/oMmLGJ1oWb
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) August 21, 2022
Kira kira 4 minit kemudian, Leeds melebarkan jurang gol menerusi Rodrigo Moreno. Kali ini Moreno menanduk masuk hantaran Jack Harrison.
Chelsea cuba bangkit pada separuh masa kedua. Dengan Tuchel mengarahkan pemain seperti Gallagher untuk naik ke atas bersama serangan.
Kelihatan Chelsea akan mendapatkan sesuatu daripada perubahan corak permainan yang lebih baik.
Malangnya, mereka bolos lagi pada minit ke-69. Leeds mengasak ke kubu Chelsea dan berlaku keadaan kucar kacir di hadapan gol. Dengan Jack Harrison menghulurkan kakinya untuk gol ketiga Leeds.
Tuchel kelihatan tiada idea lagi. Dan hanya menunggu perlawanan ini berakhir.
Tidak terhenti di situ, Chelsea terus dirundung malang apabila pemain pertahanan termahal mereka, Kalidou Koulibaly pula dibuang padang pada minit ke-84 kerana mengutip kad kuning kedua.
Tamat perlawanan, Leeds 3 Chelsea 0. Ini adalah kekalahan pertama The Blues musim ini. Leeds ternyata pasukan yang jauh lebih tajam. Kedua dua pasukan memiliki jumlah percubaan gol yang hampir sama.
Ternyata Chelsea benar benar memerlukan no.9. Di mana mereka dikaitkan dengan Pierre Emerick Aubameyang pada saat ini.