PSG sebelum ini masih pening memikirkan tentang kontrak Kylian Mbappe. Ini selepas pemain itu masih tidak mempersetujui sebarang kontrak baharu di kelab Paris itu.
Mbappe berpotensi pergi secara percuma. Sedangkan sebelum ini Nasser Al Khelaifi menyatakan bahawa keutamaan PSG adalah untuk melanjutkan kontrak Mbappe.
Terbaru, PSG berdepan dengan satu lagi masalah yang serupa melibatkan Neymar.
Neymar dikatakan masih menangguhkan tandatangan pada kontrak baharu di PSG, kerana pemain antarabangsa Brazil itu masih menunggu situasi Lionel Messi di Barcelona.
Neymar telah menghentikan seketika rundingan pembaharuan kontraknya dengan Paris Saint-Germain, kerana beliau mendengar Lionel Messi akan terus kekal di Barcelona.
Pemain berusia 29 tahun itu terbuka dalam keinginannya untuk bersatu kembali dengan pemain legenda Argentina tersebut, dengan beberapa laporan sebelum ini mengaitkan Messi akan ke PSG.
🚨🚨[ @xavi__hdez🥇] | Neymar suspends contract renewal in PSG because he knows Messi will not leave Barça and he wants to return to Barcelona. The Brazilian has contacted Laporta’s new management. pic.twitter.com/HNnys7evXQ
— BarçaTimes (@BarcaTimes) April 3, 2021
Neymar masih yakin Messi akan menyertainya di PSG. Tetapi dengan situasi semasa, Neymar memutuskan untuk bertenang terlebih dahulu. Messi dilihat berpotensi untuk kekal di Barcelona selepas perubahan dalam pentadbiran tertinggi Barca baru baru ini.
Berdasarkan gaji semasa Neymar di PSG, Barcelona mungkin akan bermasalah untuk mendapatkan pemain itu jika dia tidak mahu mengurangkan gajinya – jika Messi terus kekal. Kerana gaji Messi sangat tinggi. Dan jika Messi melanjutkan kontrak, ada kemungkinan berlaku kenaikan.
Mauricio Pochettino yakin bahawa Neymar akan terus kekal bersama dengan PSG. Selain daripada situasi Mbappe yang menurut Pochettino masih terkawal.
Adakah salah seorang daripada Mbappe ataupun Neymar akan meninggalkan PSG?
Atau kedua duanya pergi sekali?
Atau kedua duanya terus kekal di PSG?
Baca juga perkembangan lain
Serie A: Juventus Keciciran Mata Lagi, Pirlo Kritik Pasukannya Menyulitkan Lagi Keadaan