Bank Negara Argentina sedia menerima cadangan untuk menggunakan gambar Messi pada wang kertas mereka, selepas pemenang Ballon d’Or 7 kali itu mengetuai negaranya memenangi Piala Dunia 2022 di Qatar.
Baca Juga:
- Scaloni: Khidmat Messi Ditagih Untuk Hadapi Piala Dunia 2026
- Lineker Anggap Perdebatan GOAT Sudah Dimenangi Messi Berbanding Ronaldo
- Argentina vs Croatia: Gol Messi Dan Alvarez Hantar La Abiceleste Ke Final
Gambar Messi selepas ini mungkin akan diletakkan pada wang kertas 1,000 peso Argentina.
Kerana wang tersebut ada nombor ’10’ di hadapannya. Nombor yang sinonim dengan La Pulga.
Cadangan tentang perkara itu turut disebut oleh pegawai Bank Pusat Argentina setelah dia mendengar cakap cakap tentang perkara tersebut.
Akhbar El Financiero melaporkan bahawa pihak berkuasa mereka telah membincangkan pilihan untuk perkara tersebut, sebelum final piala dunia lagi tanda menghargai sumbangan Messi dalam menjadi ‘duta’ negara tersebut, serta sumbangannya dalam bola sepak.
Cadangan tersebut awalnya hanyalah gurauan. Namun selepas itu Bank Negara Argentina dilaporkan tertarik dengan cadangan tersebut.
Rata rata rakyat Argentina bersetuju bahawa wang kertas dengan reka bentuk ini akan membangkitkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat Argentina, terutama sekali di kalangan peminat bola sepak lapor El Financiero.
#NEWS: Argentina reportedly considering replacing Messi’s face onto the $1,000 peso banknote pic.twitter.com/wnbzdaBfVw
— 44vibe News (@44vibeTV) December 21, 2022
Di Argentina, seringkali berlaku keganasan dan budaya samseng bola sepak. Messi ternyata membuatkan seluruh negara kini bersatu padu walaupun penyokong Boca Juniors dan River Plate sekalipun.
Sebelum ini Bank Negara Argentina pernah mengeluarkan syiling peringatan khas menghargai kejayaan Argentina memenagi Piala Dunia 1978, yang pertama dalam sejarah negara mereka, serta ketika ulang tahun ke-50 kematian Eva Perón.
Messi dan La Scaloneta cukup syarat berada pada wang kertas
Rancangannya adalah untuk meletakkan wajah Messi pada wang seribu peso dan ada tulisan ‘La Scaloneta’ di belakang, nama samaran pasukan yang diberikan kepada pasukan bimbingan Leo Scaloni.
El Financiero menambah: “Dan di belakang wang kertas itu? Kami cadangkan tulisa ‘La Scaloneta’ [nama panggilan pasukan yang diketuai oleh Leonel Scaloni], mereka telah cukup merit untuk diabadikan di sana.”
“Ini selepas kemenangan mereka dalam Copa América 2021, Finalissima [perlawanan menentang Itali, juara Euro] dan menang ke atas Perancis dalam final Piala Dunia Qatar 2022.”