Aksi kelayakan Piala Dunia antara Brazil dan Argentina terpaksa dihentikan selepas pegawai kesihatan Brazil (Anvisa) masuk ke dalam padang ketika aksi sedang berlangsung 4 minit.
Anvisa dan polis tempatan memasuki padang dan meminta pasukan Argentina untuk kembali ke bilik persalinan. Sementara pemain pemain Brazil kekal berada di atas padang, menunggu sama ada perlawanan itu akan dapat diteruskan atau tidak.
Perbalahan berlaku antara pegawai dan pemain Argentina dengan pegawai kesihatan serta polis Brazil.
Kapten Argentina, Lionel Messi antara yang dilihat mahukan penjelasan daripada pegawai tersebut, ketika mereka sedang berjalan menuju ke bilik persalinan.
Anvisa mendapati ada 4 pemain Argentina menipu berkaitan prosedur kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Brazil. 4 pemain tersebut adalah pemain yang beraksi di EPL iaitu Emiliano Martinez, Emiliano Buendia, Giovani Lo Celso dan Cristian Romero.
Mereka telah melanggar protokol kesihatan Brazil yang berkaitan dengan tetamu dari luar negara. 4 pemain tersebut yang berpangkalan di Britain dikenakan kuarantin wajib. Mereka harus berada di negara lain selain daripada negara yang disenarai kuarantin wajib, sekurang kurangnya 14 hari.
BREAKING: Brazil vs Argentina has been suspended as the Brazilian Health Authorities have stormed onto the pitch to deport Emiliano Martinez, Giovani Lo Celso and Cristian Romero.#avfc #thfc pic.twitter.com/g9tGmV1pNt
— Sam Street (@samstreetwrites) September 5, 2021
Kempat empat pemain yang berpangkalan di England itu diadapati menipu tentang perkara itu. Anvisa mendapati bahawa keempat empat mereka terbang terus dari Britain. Ini bermakna mereka harus wajib dikuarantin 14 hari.
Brazil mengenakan syarat ketat kepada pelawat daripada beberapa negara termasuk dari Britain, untuk mengekang penularan covid-19, terutama sekali varian baru.
“Ada empat pemain. Ketika mereka tiba di dalam negara Brazil, mereka menunjukkan sijil kesihatan. Dalam dokumen itu mereka tidak menyebut bahawa mereka berada di salah satu dari tiga negara yang tersenarai dalam negara-negara larangan, khususnya untuk membendung wabak itu.”
“Tetapi kemudian kami mendapat tahu bahawa mereka terbang dari England,” kata pengarah presiden Anvisa, Antonio Barra Torres.
Perlawanan tersebut akhirnya dihentikan. CONMEBOL mengesahkan bahawa perlawanan terpaksa ditunda, dan akan disambung semula nanti. Jadi, Argentina tidak akan dikenakan pemotongan mata kerana gagal menyediakan pasukan yang beraksi dalam perlawanan tersebut.
CONMEBOL dalam kenyataan mereka berkata: “Berdasarkan keputusan pengadil, pertandingan yang dianjurkan oleh FIFA antara Brazil dan Argentina untuk Kelayakan Piala Dunia ditangguhkan. Pengadil dan pesuruhjaya perlawanan akan menyerahkan laporan kepada Jawatankuasa Disiplin FIFA, yang akan menentukan langkah-langkah yang harus diikuti.”
“Prosedur ini mematuhi peraturan semasa. Kelayakan Piala Dunia adalah pertandingan FIFA. Semua keputusan mengenai organisasi dan perkembangannya adalah kuasa eksklusif institusi itu.”
Presiden Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) Claudio Tapia pula kecewa dengan tindakan Anvisa tersebut kerana menurutnya, kesemua pemain Argentina sudah mengikuti protokol yang ditetapkan FIFA.
Baca juga artikel
Di Maria: “Tiada Yang Istimewa Tentang Jersi No.7 Di Manchester United”