Bintang utama Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan meminta kenaikan gaji lebih dua kali ganda daripada gaji semasa. Kontrak semasa Mohamed Salah akan berakhir pada 2023. Dengan gaji semasa beliau adalah £200 ribu seminggu.
Menurut laporan oleh Mirror Football, Mo Salah meminta gaji baharu £500k seminggu, jika gergasi EPL itu mahukan beliau terus kekal. Ianya sekaligus menjadikan pemain antarabangsa Mesir itu menjadi penerima gaji paling tinggi di EPL.
Jurgen Klopp sudah pastinya mahu Mohamed Salah terus kekal bersamanya di Liverpool. Tetapi kini pemain berusia 29 tahun itu sudah memikirkan gaji setengah juta pound seminggu itu.
Salah telah menjadi nadi utama kepada pasukan Liverpool pada era Klopp. Pemain sayap yang dibeli dari AS Roma itu berkembang menjadi pemain elit di dunia.
Pemain antarabangsa Mesir itu juga memenangi banyak anugerah peribadi serta beberapa anugerah kasut emas ketika bermain untuk Liverpool.
Beberapa kelab seperti PSG dan Real Madrid juga antara yang dikaitkan dengan Mohamed Salah. Jika pemain itu gagal memeterai kontrak baharu di Anfield.
Mohamed Salah menjadi pemain yang membantu Liverpool menjuarai UCL dan EPL dalam beberapa musim lalu.
Dan beliau juga sudah menjaringkan 127 gol dalam 206 penampilannya bersama dengan The Reds.
Pada ketika ini, pemain bergaji paling tinggi adalah Virgil Van Dijk dengan £220,000 seminggu, selepas mempersetujui kontrak baharu pada Ogos lalu. Van Dijk setuju untuk terus kekal sehingga 2025.
Mohamed Salah 'wants Liverpool to give him a £500,000-per-week deal' https://t.co/BukNXhZ2qx
— Mail Sport (@MailSport) September 4, 2021
Peminat berbelah bagi pandangan mereka tentang berita itu. Walaupun ada yang masih meragui kesahihannya namun ramai juga percaya Mo Salah layak mendapat gaji setinggi itu.
Ada juga menganggap ianya terlalu tinggi untuk seorang pemain bola sepak serta berpendapat, FSG pastinya akan memikirkan untuk menjual Salah selepas ini.
Baca juga artikel
Jurulatih Maghribi Kecewa Ziyech Menipu: “Ini Pasukan Kebangsaan Bukan Penjara”