Pemain sayap Chelsea, Hakim Ziyech nampaknya terlibat dalam kontroversi panas dengan pengurus pasukan kebangsaannya.

Ziyech tidak berpuas hati kerana disishkan daripada tugasan kebangsaan untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia.

Pengurus Maghribi, Vahid Halilhodzic menyatakan bahawa Ziyech disisihkan kerana dia sebelum ini pernah menipu tentang kecederaannya.

Pengurus tersebut dikatakan bengang dengan Ziyech ketika aksi persahabatan pada Jun berdepan Ghana dan Burkina Faso.

Ziyech menolak untuk beraksi bersama Maghribi kerana kecederaan. Dan pengurus itu menyatakan bahawa pemain itu sengaja menipu soal kecederaannya kerana mahu mengelak tugasan itu.

Ziyech juga digambarkan sebagai pemain yang memilih perlawanan yang dia mahu bermain. Dia mengelak aksi persahabatan dan mahu bermain aksi kompetitif seperti kelayakan Piala Dunia.

Vahid berkata: “Kelakuan dia pada dua perlawanan lalu, terutama sekali yang terakhir, bukan kelakuan selayaknya untuk seorang pemain kebangsaan yang juga menjadi pemimpin serta role model kepada pemain lain.”

“Dia tiba lewat di pusat latihan dan selepas itu, dia malah menolak untuk bekerja. Tiada gunanya membincangkan perkara ini lebih lanjut, sebagai pengurus, jawapannya ada di situ seperti yang kamu nampak.”

“Bagi saya, pasukan kebangsaan adalah segalanya, di atas semua yang lain, tidak ada seorang pun patut menganggap ianya penjara.”

“Buat pertama kali dalam sejarah saya sebagai jurulatih, saya melihat kelakuan sebegini yang sangat mengecewakan.”

“Seorang pemain menolak untuk bermain, perlawanan persahabatan, dan dia memberitahu dia cedera.”

“Staf kecergasan sudah melakukan beberapa siri ujian, dan menyatakan dia boleh beraksi. Dia kemudian menolak untuk memanaskan badan untuk aksi separuh masa kedua kerana kecewa diletakkan sebagai pemain gantian.”

“Bagi saya tindakan seperti ini adalah tidak boleh diterima. Kamu tak boleh menipu pasukan kebangsaan, kamu 100% harus berada di sana ataupun tidak.”

Ziyech kemudian memuat naik status pendek dengan emoji badut.

“Lain kali kalau kamu bercakap, cakaplah perkara yang betul.”

https://twitter.com/ChelseaFCBlogs_/status/1433453197037875204

Adakah Ziyech akan mewakili Maghribi lagi di bawah kendalian Vahid selepas ini?

Baca juga artikel

Gagal Dapat Kane & Ronaldo, Kini Ferran Torres Jadi False 9 Tetap City, Sudah Belajar Dari Aguero

RASMI: Premier League Benarkan United Daftarkan Ronaldo No.7, Cavani Tukar Ke No.21

Ronaldo Pecah Rekod Ali Daei Dan Kejar Rekod Datuk Soh Chin Aun