Pemain antarabangsa Maghribi, Hakim Ziyech rancak dikaitkan dengan Al Nassr, kelab yang turut diwakili oleh Cristiano Ronaldo.
Baca Juga:
- Van Basten Pernah Gelar Ziyech Bodoh Sebab Pilih Maghribi
- Ziyech Dibenarkan Sertai Chelsea Lebih Awal
- Chelsea Dan Man United Hampir Capai Kesepakatan Untuk Mason Mount
Al Nassr turut mendapatkan Brozovic sebagai bukti bahawa mereka benar benar mahu membina pasukan yang luar biasa di Arab Saudi berteraskan CR7.
Ziyech berada dalam senarai jual oleh Chelsea. Kerana kelab itu sudah memiliki pemain lain sebagai teras kepada projek kelab.
Ziyech merupakan pemain sayap yang kreatif. Namun musim lalu, dia gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Chelsea.
Dia menjadi bintang yang sangat cemerlang ketika Piala Dunia 2022. Membantu negaranya, Maghribi mencipta sejarah layak ke separuh akhir buat pertama kali dalam sejarah.
Ziyech memang sudah memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak bersama The Blues.
Dan pada pra musim – pada musim yang sebelum ini – Ziyech hampir meninggalkan Chelsea menyertai PSG.
Namun gagal memeterai kontrak secara pinjaman pada hari terakhir perpindahan. Di mana ada beberapa dokumen gagal diselesaikan membuatkan rundingan itu gagal.
PSG menuduh Chelsea sebagai tidak serius dalam urusan itu. Di mana ada 3 kali kelab Chelsea menghantar kertas kerja yang salah kepada mereka.
Ziyech dilaporkan sangat marah dengan perkara itu membuatkan dia terpaksa kembali semula ke Chelsea.
Pada pra musim kali ini, dia sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan keluar. Beberapa kelab di Eropah berminat dengannya termasuk bekas kelabnya Ajax.
Namun dia rancak melakukan rundingan dengan Al Nassr. Sudah berminggu minggu lamanya dia berunding dengan Al Nassr.
Malang sekali rundingan itu gagal dimeterai. Dilaporkan kedua dua pihak gagal mencapai kesepakatan kontrak.
Al Nassr awalnya meragui tahap kecergasan Hakim Ziyech. Di mana pemain itu dilaporkan gagal dalam ujian medikal kerana masalah lutut.
Ziyech dan Al Nassr meneruskan lagi rundingan. Kerana kelab itu masih berharap mendapatkan pemain itu dengan cuba mengurangkan gaji pemain tersebut.
Wartawan Alghatami sudah membayangkan bahawa Ziyech mungkin akan berdepan satu lagi episod malang gagal memterai kontrak dengan kelab yang mahu disertainya.
Rundingan tersebut kemudian dilaporkan menjadi rumit. Dengan kedua dua pihak mulai berkonflik pada beberapa terma dan syarat.
Laporan dari Arab Saudi menyebut bahawa rundingan itu kemudian dihentikan kerana berlaku ketidaksepakatan dalam beberapa perkara pada kontrak.