Bintang Mesir, Mohamed Salah seolah-olah memberikan gambaran awal bahawa beliau akan mengumumkan persaraan dari pentas bola sepak antarabangsa sebaik sahaja gagal membantu negara kelahirannya itu layak ke saingan Piala Dunia 2022.
Mesir tewas pada penentuan sepakan penalti bertemu Senegal yang mana Salah sendiri melakukan tendangan meliar sekali gus gagal untuk mengulangi pencapaian edisi 2018 di Rusia.
Ia juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut Mesir di tangan Senegal dalam tempoh dua bulan selepas mereka turut tumbang menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final Piala Afrika, Februari lalu.
“Saya mengatakan kepada rakan sepasukan pada perlawanan kedua [bertemu Senegal] bahawa saya berbangga dapat bermain bersama mereka dan mereka merupakan antara yang terbaik pernah bermain dengan saya.”
“Saya bermain selama beberapa waktu bersama generasi terdahulu, dengan Wael Gomaa dan Mohamed Abu Trika, kemudiannya Abdullah Al-Saeed dan generasinya.”
“Tetapi, saya sangat gembira dengan generasi pada masa kini,” ujar Salah menurut laporan dikeluarkan Goal.
“Saya sangat berbangga untuk bermain bersama mereka ia merupakan satu penghormatan buat saya dan apa yang terjadi memang tidak boleh diganggu oleh sesiapa kerana buat kali kedua ia merupakan penentuan sepakan penaltio
“Tidak banyak yang saya dapat katakan tetapi ia merupakan penghargaan dapat bermain bersama kamu semua, sama ada saya akan berada dalam skuad kebangsaan selepas ini atau pun tidak,” tambah Mohamed Salah lagi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.
Doktor Nasihatkan Penyokong Jangan Main Pancaran Laser Kerana Mampu Merosakkan Mata
Portugal Tenang Tewaskan Macedonia Untuk Mara Ke Piala Dunia 2022
Tolak Panggilan Skuad Harimau Malaya, Rizal Ghazali Diberi Amaran Keras Oleh FAM