Semalam peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan video bintang Liverpool, Mohamed Salah disuluh dengan pancaran laser ketika mengambil sepakan penalti dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Mesir menentang Senegal.
Gangguan pancaran laser itu menyebabkan beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti sekaligus meranapkan impiannya untuk beraksi di Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Mesir.
Rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane menjaringkan penalti paling penting untuk memastikan Senegal menewaskan Mesir sekali gus mengulangi pencapaian ketika menjuarai Piala Negara-Negara Afrika.
Hijau muka Mo Salah kena laser penyokong Senegal. š
— VOCKET FC (@vocketfc) March 29, 2022
Permainan laser adalah permainan yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Kerana cahaya tersebut boleh dipancarkan pada jarak yang jauh. Namun, sepanjang perlawanan itu, penyokong Senegal sering mensasarkan pancaran laser ke arah pemain Mesir dengan tujuan untuk mengganggu fokus mereka.
Selain dipancarkan laser, Salah turut dibaling objek seperti botol oleh para penyokong Senegal. Terdapat gesaan sebelum ini supaya FIFA mengharamkan penggunaan laser di dalam stadium.
This is disgusting from Senegalese fans. In a twisted logic Iād understand the anger had they lost, but they won. They should be happy. Why attack Salah? The whole thing from the lasers to this, is just embarrassing. pic.twitter.com/eDo2PPZExB
— Parted Beard (@PartedBeard) March 29, 2022
Pakar mata, Dr Robert Josephburg terkejut dengan situasi tersebut dan menasihatkan para peminat bola sepak dari seluruh dunia agar tidak bermain dengan alat pancaran laser kerana mampu menyebabkan seseorang menjadi buta.
“Saya terkejut dengan pancaran peralatan ini.
“Ia boleh menyebabkan kerosakan mata yang serius jika seseorang itu sering terdedah dengan pancaran berkenaan. Sukan adalah perkara yang perlu diberi perhatian, terutamanya jika sesetengah peminat cuba mendapatkan kelebihan untuk pasukan mereka,” katanya.
Bagaimana laser boleh merosakkan mata?
Sama seperti apabila seseorang melihat matahari, tenaga cahaya yang berlebihan boleh membunuh sel retina di dalam mata. Terdapat 2 cara bagaimana perkara ini berlaku:
- Sel retina tersebut menyerap frekuensi tinggi daripada sel cahaya itu dan menyebabkan ia mengembang dan pecah.
- Haba yang terhasil daripada laser tersebut membakar sel retina sama seperti menggunakan kanta untuk membakar kertas di tengah hari yang panas.
Disebabkan bahaya tersebut, di US dilarang untuk menjual laser yang melebihi 1 miliwatt. Akan tetapi ramai penjual diinternet yang menjual barang-barang ini dengan sesuka hati menyebabkan ramai lagi yang boleh memiliki laser yang berbahaya ini.
Jika anda mempunyai permainan laser, sila pastikan bacaan watt nya. Dan cuba elakkan untuk menyuluhnya dibahagian mata sebab ia boleh menyebabkan anda buta. (Sumber: Roots of Science)
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah.