Mesir telah berjaya mara ke final Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Cameroon menerusi penentuan sepakan penalti.
Mohamed Salah akan berdepan dengan rakan dan gandingan terbaiknya di Liverpool iaitu Sadio Mane yang akan mengetuai serangan Senegal pada aksi final.
Perlawanan di antara Mesir dan Cameroon benar benar sukar. Kedua dua pasukan bertahan dengan baik membuatkan sangat sukar untuk melihat penyerang mencipta peluang.
Peluang terbaik Mesir sebenarnya hadir pada masa ekstra apabila Ramadan Sobhi melepasi pertahanan lawan dan kemudian meleretkan bola melintasi gawang Cameroon. Namun tidak seorang pun pemain Mesir yang menyentuh bola tersebut.
Pengurus Mesir, Carlos Queiroz dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas membantah mutu pengadilan.
Perlawanan 120 minit berakhir dengan tanpa jaringan. Di mana kedua dua pasukan melalui masa ekstra 30 minit dengan keadaan kurang bermaya kerana keletihan.
Dalam aksi penentuan penalti, pasukan tuan rumah menerima sokongan daripada seluruh stadium. Namun Cameroon secara mengejutkan terlepas tiga sepakan penalti. Hanya penalti pertama menerusi Vincent Aboubakar sahaja yang masuk.
Dan 3 penalti seterusnya adalah tidak masuk. Dua diselamatkan oleh penjaga gol dan 1 lagi tersasar jauh.
Ketiga-tiga pelaksana penalti Mesir iaitu Zizo, Abdelmonem dan Lasheen menjaringkan penalti mereka untuk memastikan Mesir mara selepas menang 3-1 dalam penentuan penaltio. Bintang utama Mesir, Mohamed Salah tidak perlu mengambilnya.
Nama penjaga gol sandaran pasukan Mesir, Gabaski terus menjadi bualan. Beliau sebelum ini hadir sebagai penjaga gol pilihan kedua. Masuk ketika minit akhir aksi berdepan Ivory Coast dan menyelamatkan penalti Eric Bailly dalam penentuan penalti.
Dan kali ini beliau berjaya menyelamatkan 2 lagi penalti dalam penentuan penalti.
▪️ Subbed in 88' vs. Ivory Coast
▪️ Saved Eric Bailly's penalty
▪️ One goal conceded in knockouts
▪️ Playing through injury
▪️ Two penalty saves vs. CameroonEgypt's backup keeper Gabaski has been CLUTCH 💪 pic.twitter.com/SrXXms5uhc
— B/R Football (@brfootball) February 3, 2022
Mohamed Salah dan Sadio Mane akan berentap di final bersama sama dengan rakan rakannya yang lain. Salah sebelum ini sudah menyatakan bahawa, Piala Afrika ini sangat bermakna dirinya, dan beliau mahu menghadiahkannya kepada negaranya.
Senegal dan Mesir masing masing menjadi naib juara dalam 2 edisi sebelum ini. Di mana pada 2017, Mesir tewas di tangan Cameroon. Dan pada 2019, Senegal tewas di tangan Algeria.