Pemain berusia 34 tahun Argentina, Angel Di Maria memberikan bayangan bahawa aksi berdepan Venezuela merupakan aksi terakhirnya di hadapan penyokong sendiri. Di mana Argentina menang 3-0 dalam perlawanan tersebut.
Angel Di Maria telah menyatakan bahawa dia akan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia.
Albiceleste beraksi semula apabila mereka melawat Ecuador dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia mereka, tetapi kesemua perlawanan mereka adalah di tempat lawan, sebelum kejohanan di Qatar pada November.
Kapten Argentina, Lionel Messi juga berkata dia akan memutuskan sama ada dia perlu menamatkan karier antarabangsanya selepas Piala Dunia, tetapi Di Maria sudah membuat pengesahan itu terlebih dahulu.
Dia menulis pada catatan di Instagram: “Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih atas cinta yang sangat besar yang saya terima. Saya sentiasa mengimpikan semua yang saya alami pada malam yang indah ini.”
“Ia mungkin perlawanan terakhir saya dengan jersi ini di Argentina dan dapat mengatakan bahawa ia adalah malam yang indah adalah satu kenyataan yang sukar tidak dapat digambarkan.”
Ángel Di Maria has stated on his Instagram that the match against Venezuela was his last match in Argentina. This would likely mean that he will retire from the Argentina national team after the 2022 Qatar World Cup.
"Surely it was my last game with this shirt in Argentina". pic.twitter.com/9lF0e2QJP9
— Roy Nemer (@RoyNemer) March 26, 2022
“Terima kasih, terima kasih dan ribuan terima kasih. Sekarang adalah masa untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan atas prestasi besar mereka – perlawanan yang sempurna untuk semua.”
“Mari kita terus berkembang dan bermimpi bersama-sama. Ayuh melangkah terus Argentina!”
Pertembungan menentang Venezuela adalah penampilan ke-120 Di Maria untuk Argentina.
Pemain sayap Paris Saint-Germain itu merupakan pemain penting Argentina pada era Lionel Messi. Di mana dalam perlawanan tersebut dia menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi kemenangan selesa buat pasukannya, menjadikan jumlah golnya sehingga 23 gol.
Di Maria membuat penampilan sulungnya pada September 2008 dan merupakan sebahagian penting dalam kempen Piala Dunia mereka dua tahun kemudian, di mana mereka mara ke suku akhir.
Dia menjaringkan gol penentuan ketika Argentina menewaskan Brazil 1-0 dalam perlawanan akhir Copa America tahun lepas, satu-satunya piala yang Di Maria menangi bersama Argentina semasa bersama pasukan kebangsaan.
Piala Dunia 2022 akan menjadi penampilan keempatnya di kejohanan itu.