Di Maria pernah membuat kenyataan terbuka bahawa dia tak suka kepada Louis Van Gaal dan label jurulatih itu sebagai teruk.

Baca Juga:

Pertembungan antara Argentina dan Belanda merupakan perlawanan yang terkenal pasti akan menjadi tumpuan dalam aksi Piala Dunia.

Ini kerana kedua dua negara memiliki sejarah yang hebat dalam bola sepak. Argentina memiliki 2 Piala Dunia dalam sejarah mereka. Belanda, walaupun tanpa Piala Dunia, mereka dianggap negara paling malang untuk tidak pernah menjuarainya.

Ini kerana mereka memiliki beberapa generasi emas yang hebat yang tampil dalam Piala Dunia sejak dulu lagi. Terutama sekali pada era Cruyff.

Ia akan menjadi pertemuan kali keenam mereka, dengan satu kemenangan untuk Argentin (1978), dua untuk Belanda (1974 dan 1998) dan dua seri (2006 dan 2014).

Kali ini, akan ada penambahan rencah kerana sebelum ini Di Maria pernah terbuka memberitahu dia bencikan Louis Van Gaal. Sambil Di Maria melabel Van Gaal sebagai jurulatih paling teruk dalam kariernya.

Pada 2014, Manchester United mengumumkan pembelian Angel Di Maria — pembelian yang mengejutkan dari Real Madrid.

Ia pembelian berprofil tinggi tetapi gagal memenuhi harapan ramai pihak.

Di Maria menandatangani kontrak lima tahun dan mampu menghabiskansatu musim. Prestasi buruknya di atas padang dan hubungan buruknya dengan jurulatih Belanda itu menyebabkan dia pergi.

Selepas meninggalkan United, Di María bercakap dengan saluran media Argentina TyC Sports mengenai hubungannya dengan Van Gaal.

“Masalah saya di Manchester ialah jurulatih. Van Gaal adalah jurulatih paling teruk dalam karier saya,” katanya.

“Saya berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, membantu mencipta assist, dan keesokan harinya dia akan menunjukkan klip video tentang kompilasi hantaran saya yang tak tepat.”

“Dia kemudian menukarkan saya pada hari demi hari berikutnyua, dia tidak suka pemain berada di atasnya.”

Selepas tempoh singkat di Manchester United, pemain Argentina itu menandatangani kontrak dengan PSG, di mana dia kembali ke prestasi terbaik.

Kini kedua-duanya bertemu semula, kali ini sebagai saingan dari dua pasukan berbeza.

Cuma situasinya sekarang, Angel Di María diragui untuk beraksi dalam aksi suku akhir Jumaat ini.

Dia tidak bermain ketika Argentina menentang Australia dan belum diketahui sama ada dia akan bermain selepas ini.

Lionel Scaloni sendiri mengakui dia sedang mempertimbangkan beberapa opsyen yang ada. Namun tidak menolak kemungkinan Di Maria akan terlibat sama ada sebagai kesebelasan utama ataupun pemain gantian.