Pemain sayap lincah, Angel Di Maria pernah merasai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila beliau menyertai Manchester United pada musim 2014/15.

Di Maria hadir ke Old Trafford dari Real Madrid dengan tanda harga £59.7 juta dan turut diberikan jersi keramat bernombor tujuh untuk mewarisi Cristiano Ronaldo, David Beckham, Eric Cantona dan beberapa orang lagi legenda United.

Bagaimanapun keputusan untuk berhijrah ke saingan EPL dilihat sebagai langkah kurang tepat dimana sumbangan Di Maria tidak begitu dapat disaksikan.

Beliau sekadar menjaringkan tiga gol tetapi masih mampu menjelmakan 11 bantuan jaringan dalam kempen liga tetapi hubungan dinginnya bersama pengendali pada ketika itu, Louis Van Gaal menyaksikan jodohnya hanya semusim bersama The Red Devils.

Finalissima: Di Maria Dan Messi Cemerlang Bantu Argentina Kalahkan Itali 3-0

Malah isteri beliau, Jorgelina Cardoso juga tanpa berselindung mendedahkan bahawa Angel Di Maria memilih untuk berhijrah ke Manchester United hanya kerana mengejarkan kemewahan.

“Angel [Di Maria] datang kepada saya pada satu hari dan berkata: ‘Lihat pilihan cadangan ini dari Manchester United’. Saya tidak mahu pergi kesana dan menyuruhnya untuk pergi bersendirian.”

“Dia menjawab: ‘Jomlah pergi bersama’. Banyak wang ditawarkan, lebih banyak daripada apa yang telah ditawarkan oleh kelan Sepanyol,” ujar Cardoso menurut laporan Sport Bible.

“Oleh kerana itu, kami pun pergi kesana. Jika anda bekerja di sebuah syarikat dan seseorang menawarkan anda dua kali ganda gaji, anda harus pergi berlari kepadanya.”

“Kami berkawan dengan Gianina Maradona, isteri Sergio Aguero dan kami pergi ke Manchester untuk bercuti selama setahun. Ia sentiasa mengerikan buat kami! Kami pulang ke rumah dan saya berkata: ‘Jika anda pernah dipindahkan, pasyikan ia berada di mana-mana sahaja di dunia tetapi bukan di England.”

Di Maria: “Tiada Yang Istimewa Tentang Jersi No.7 Di Manchester United”

“Saya tidak tidak langsung [England]. Saya boleh beritahu awak. Semua orang di sini pelik. Anda berjalan-jalan dan anda tidak tahu sama ada mereka akan membunuh anda. Makanannya menjijikan.”

“Saya memberitahunya ‘tidak boleh, tidak mungkin’ ke England tetapi dia terus berkata kami akan lebih selamat dari kewangan dan kami perlu pergi ke sana.”

“Kami bergaduh mengenainya. Kami cuba untuk menjadi lebih rapat apabila berlaku masalah. Saya tidak menyalahkannya kerana pergi ke sana. Ia mengerikan, sangat mengerikan,” tambah Cardoso lagi.

Kredit Featured Image: Angel Di Maria

Sumber