Nigeria berjaya menewwaskan pasukan pilihan kejohanan, Mesir dalam aksi pembukaan Piala AFCON 2021 kedua dua pasukan.
Perlawanan di antara Nigeria dan Mesir dianggap perlawanan tumpuan melibatkan dua kuasa besar di Afrika. Kedua dua pasukan berada dalam kumpulan D.
Nigeria menang 1-0 menerusi gol oleh penyerang Leicester iaitu Kelechi Iheanacho. Sekaligus membuatkan Mesir yang diketuai oleh Mohamed Salah di barisan serangan terpaksa akur dalam perlawanan pembukaan.
Aksi Nigeria jauh lebih baik berbanding dengan Mesir. Di mana sepanjang perlawanan skuad Mesir gagal mencipta peluang gol dengan lebih kerap.
Mohamed Salah dan Trezeguet tidak dapat memberikan impak kerana secara taktikal, pasukan Mesir gagal bermain dalam satu pasukan dan tidak kreativiti.
Pengurus Mesir, Carlos Queiroz, mengakui bahawa bintang utama mereka, Mohamed Salah telah dikunci oleh lawan mereka. Mesir gagal mencari formula untuk membebaskan Mo Salah.
Namun begitu, Queiroz memuji semangat juang anak anak buahnya.
Queiroz berkata: “Kami, terutama sekali Salah, sebenarnya sudah memberikan yang terbaik. Kami sempat mendapat beberapa peluang yang baik cuma dihampakan oleh penyudah yang tidak cukup bagus.”
Nampaknya Quieroz harus memeriksa semula statistik yang menunjukkan bahawa Mesir cuma melakukan 4 percubaan ke arah gol dengan hanya 2 yang tepat. Berbanding 15 percubaan dan 5 tepat oleh Nigeria.
The Super Eagles down The Pharaohs thanks to Kelechi Iheanacho’s first-half goal. A valuable three points for #TeamNigeria #AFCON2021 pic.twitter.com/PrwQuNfqCv
— SuperSport 🏆 (@SuperSportTV) January 11, 2022
Mesir selepas ini wajib menang dalam usaha mereka mahu mara ke pusingan kalah mati. Untuk mengelak pulang awal sekali lagi seperti mana dalam aksi Piala Dunia 2018.