Pepe menyalahkan pengadil sebagai punca Portugal tersingkir di tangan Maghribi pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022.

Pepe memberikan hujah yang pelik untuk menyokong kritikannya ke atas pemilihan pengadil.

Ini kerana menurut Pepe, punca utama Portugal kalah di tangan Maghribi adalah kerana FIFA memilih pengadil dari Argentina. Sedangkan pasukan itu masih bersaing dalam Piala Dunia 2022.

Dan kemudian dia menyatakan, kini FIFA boleh memberikan sahaja Piala Dunia kepada Argentina selepas kritikan Lionel Messi ke atas pengadil pada hari sebelumnya.

Portugal tewas mengejut di tangan giant killier, Maghribi.

Atlas Lions menang 1-0 ke atas Portugal dengan jaringan Youssef En-Nesyri menjadi perbezaan antara pasukan.

Tetapi bek tengah veteran Pepe berasa berang dengan pengaruh pengadil Facundo Tello. Sambil mengaitkan pemilihan pengadil tidak boleh diterima.

Ini selepas Lionel Messi sebelum ini mengecam pengadil Sepanyol Antonio Mateu Lahoz, menggesa FIFA menggugurkannya daripada baki kejohanan Qatar.

“Adalah tidak boleh diterima apabila pengadil Argentina dipilih mengendalikan perlawanan hari ini selepas apa yang berlaku semalam,” kata Pepe.

“Dengan Messi mengeluh dan Argentina mengkritiknya,” tambah beliau lagi.

Selain itu, Pepe berpendapat pengadil telah mengganggu rentak permainan Portugal. Menjadikan permainan mereka tidak lancar.

Pepe turut mempersoalkan pengadil cuma memberikan 8 minit masa kecederaan dalam aksi Portugal menentang Maghribi tersebut. Sedangkan penjaga gol lawan, Yaccine Bounou dilihat kerap kali melengahkan perlawanan.

“Pengadil terlalu banyak menghentikan perlawanan dan mengganggu kelancaran permainan kami.”

“Pada separuh masa kedua, kami tidak dapat bermain langsung [kerana terlalu kerap pengadil meniup wisel].”

“Penjaga gol mereka sentiasa menghentikan permainan, dan pengadil hanya menambah lapan minit masa kecederaan.”

“Selepas apa yang saya lihat hari ini, mereka kini boleh memberikan sahaja trofi kepada Argentina.”

https://twitter.com/wc22updates/status/1601628943613759488

Impian Cristiano Ronaldo dan Portugal untuk menjulang Piala Dunia pertama dalam sejarah negara mereka kini ranap.

Pepe pastinya sedar bahawa ini adalah Piala Dunia terakhir untuknya dengan mengambil kira faktor usianya. Dia dipanggil sebelum ini untuk menjadi mentor kepada pemain pemain muda.

Namun krisis kecederaan beberapa pemain utama mereka di pertahanan membuatkan Pepe menjadi pemain utama. Dan dia menunjukkan aksi yang baik.