Matheus Pereira dan Callum Robinson masing masing menjaringkan dua gol ketika West Brom yang bergelut dengan penyingkiran, mengalahkan Chelsea dengan 10 pemain di Stamford Bridge.

Sekaligus mengakhiri 14 perlawanan tanpa kalah sejak Thomas Tuchel mengambil alih.

The Baggies begitu cemerlang dengan mencipta banyak peluang gol. Mereka membuatkan Thiago Silva dibuang pada pada minit ke-29.

Kemenangan ini sangat penting buat West Brom dalam usaha mereka mahu mendaki zon penyingkiran.

Pasukan Sam Allardyce cemerlang dalam serangan balas dan setiap gol mereka adalah berkualiti tinggi.

Chelsea mendahului, walaupun WBA dilihat pasukan lebih baik pada fasa awal. Pada minit ke-27 Christian Pulisic melakukan susulan hasil sepakan bebas Marcos Alonso.

Namun, dua minit kemudian, nasib Chelsea mula berubah menjadi lebih buruk apabila Thiago Silva dilayangkan kad kuning kedua kerana cabaran beliau ke atas Okay Yokuslu.

Itu diikuti dengan pertunjukan seram pada waktu berhenti separuh masa pertama ketika Pereira menjadi pentas utama.

Chelsea kemudian berada dalam kedudukan seram sejuk selepas Pereira mulai menunjukkan aksi luar biasa beliau.

Pereira menjaringkan dua gol pada masa kecederaan. Kedua dua gol beliau sangat berkualiti.

Bersambung separuh masa kedua WBA menjadikan kedudukan 3-1 menerusi gol pemain gantian Callum Robinson dengan voli cantik.

Pada minit ke-68, Mbaye Diagne menjadikan kedudukan 4-1. Sekali lagi Matheus Pereira terlibat dengan mencipta gol.

20210403_220239

3 minit kemudian, Mason Mount menjaringkan gol saguhati selepas menerima hantaran Timo Werner.

Namun hari malang Chelsea terus gelap apabila West Brom menjaringkan gol kelima mereka menerusi Callum Robinson. Juga assist daripada Matheus Pereira. VAR digunakan untuk mengesahkan gol ini.

Tamat perlawanan Chelsea 2 West Brom 5.