Andrea Pirlo mengkritik prestasi pasukannya, Juventus setelah seri menentang Torino dalam perlawanan derbi Turin – di dalam aksi Serie A. Di mana Pirlo menyatakan bahawa The Old Lady telah merumitkan keadaan untuk mereka sendiri.
Perlawanan bertajuk Derby della Mole yang berlangsung di Stadio Olimpico Turin berakhir dengan keputusan seri 2-2. Pada mulanya, Juventus mendahului menerusi gol Federico Chiesa hanya selepas 13 minit.
Namun Torino bangkit dengan dua gol menerusi Antonio Sanabria yang berjaya menjaringkan dua gol untuk menjadikan kedudukan 2-1 memihak Torino.
Ronaldo menjaringkan gol penyamaan minit ke-79 untuk memastikan pasukannya mengelak daripada kalah. Sebelum ini Juventus tewas 0-1 di tangan Benevento – sebelum rehat antarabangsa. Hanya 4 mat daripada dua perlawanan terakhir, membuatkan Juventus gagal untuk merapatkan lagi jurang dengan Inter.
Juventus kini 12 mata dibezakan dari pendahulu Inter Milan. Bercakap kepada media selepas perlawanan, Pirlo berkata: “Seperti biasa, kita membuatkan hidup itu rumit.”
“Kami menjangkakan babak kedua yang berbeza, tetapi kami melakukan kesilapan dengan segera dan harus bangkit dari saat itu.”
“Kesilapan yang sama seperti yang kami lakukan menentang Lazio. Malangnya, perkara seperti ini sering terjadi dan ia adalah tanda-tanda gangguan dalam konsentrasi dalam diri pemain.”
“Kita harus belajar bahawa konsentrasi tidak boleh hilang walaupun sesaat, kerana ketika kita kehilangan bola, itu adalah perkara yang tepat untuk dihukum.”
Pirlo mahu pasukannya segera menguatkan fokus dalam padang dan mengelak kesilapan. Kerana lawan mereka selepas ini adalah Napoli. Jika kalah, mereka akan kehilangan tempat dalam 4 teratas.
Baca juga artikel lain
Mourinho Menjelaskan Taktikal Inter Menghapuskan Impak Messi Ketika Berdepan Barcelona Pada 2010