Jose Mourinho tidak selesa dengan komen daripada pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. Ini selepas Ole memberikan komen sindiran kepada Son Heung Min yang menurut Ole agak berdrama ketika gol awal Man United dibatalkan.
Son dikasari oleh Scott McTominay. Dan pemain antarabangsa Korea itu telah meraung kesakitan yang menurut pandangan Ole, sekadar lakonan yang berlebihan. VAR menarik semula gol Edinson Cavani selepas merasakan bahawa Son dikasari.
Ramai kurang bersetuju dengan VAR. Dan mereka menyatakan bahwa, ianya sangat kontroversi untuk tidak memberikan gol tersebut kepada United. Lebih malang, tidak lama selepas insiden itu, Spurs di hadapan menerusi jaringan Son Heung Min.
Solskjaer berkata: “Ianya kesilapan yang jelas dan ketara, pengadil harus melihatnya. Itu adalah gol yang sangat baik.”
“Kita tidak seharusnya ditipu. Saya harus katakan, jika anak saya tidak bangun selama tiga minit dan dia memerlukan 10 orang rakannya untuk membantunya, maka dia tidak akan mendapat sebarang makanan dari saya.”
🗣 "If my son stays down like this for 3 minutes and needs 10 mates to help him up, he won't get any food."
Ole Gunnar Solskjaer found Heung-min Son's reaction to the foul laughable pic.twitter.com/6WpxRuca8N
— Football Daily (@footballdaily) April 11, 2021
“Kami tidak dapat ditipu, tetapi pengadil berjaya ditipunya.”
10 – José Mourinho has suffered 10 league defeats in a single season for the first time in his entire managerial career. Decline. pic.twitter.com/xiN197rEN6
— OptaJoe (@OptaJoe) April 11, 2021
Mourinho mengambil serius komen tersebut dan menyatakan bahawa, Ole ayah yang teruk. Dan pada masa yang sama, Mourinho kecewa wartawan pilih kasih dalam isu seperti itu, dan tidak menggariskannya di hadapan umum.
“Pertama sekali, izinkan saya memberitahu anda sesuatu. Saya sangat terkejut setelah komen Ole pada Sonny [Son Heung Min].”
“Anda tidak bertanya kepada saya mengenainya. Saya sudah bercakap dengan Ole mengenai perkara ini kerana saya bertemu dengannya beberapa minit yang lalu.”
“Sekiranya saya memberitahu bahawa pemain A, B atau C dari kelab lain, itu adalah anak saya, saya tidak akan memberinya makan malam atau sesuatu seperti itu, apa reaksi anda?
“Ini sangat, sangat menyedihkan dan saya rasa sangat menyedihkan kerana anda tidak bertanya kepada saya mengenainya. Sungguh menyedihkan bahawa anda tidak mempunyai kejujuran moral untuk melayan saya sama seperti anda memperlakukan orang lain.
“Sonny sangat bertuah, ayahnya adalah orang yang lebih baik daripada Ole. Saya seorang ayah dan sebagai ayah anda harus selalu memberi makan kepada anak-anak anda, tidak kira apa yang mereka lakukan. Sekiranya anda perlu mencuri untuk memberi makan kepada anak-anak anda, anda akan mencuri. Saya sangat, sangat kecewa.”
🗣 "Son is very lucky his father is a better person than Ole."
Jose Mourinho is fuming with Ole Gunnar Solskjaer's comments at full-time about Son pic.twitter.com/nfK9Gx0ePp
— Football Daily (@footballdaily) April 11, 2021
“Dengan saya, seperti yang kita katakan di Portugal, roti adalah roti dan keju adalah keju. Saya sudah memberitahu Ole apa yang saya fikirkan mengenai perkara ini dan saya harus memberitahu anda bahawa saya sangat kecewa kerana dalam lima, enam, tujuh soalan, anda mengabaikan dimensi komen itu. ”
Baca juga artikel:
West Ham Elak Dibuli Manchester United Dalam Situasi Lingard Dan Rice
EPL: Rembatan Arnold Lengkapkan Kebangkitan Liverpool, Tamatkan Badi Anfield
EPL: Leeds Menang Dengan 10 Pemain Dan Cuma 2 Percubaan Sahaja