Hanya semusim di Bayern, Sadio Mane kini sudah berada dalam senarai lelong kelab itu dengan diskaun separuh harga.
Baca Juga:
- Bayern Munich Mahu Jual Sadio Mane, Anggap Salah Beli
- Bayern Munich Hantar Bidaan Kedua Untuk Harry Kane
- Enrique Mahu Jadikan Ousmane Dembele Pembelian Pertamanya Di PSG
Pemain antarabangsa Senegal itu dibeli dengan nilai sekitar €40 juta sebelum ini selepas memutuskan tidak mahu melanjutkan kontrak dengan Liverpool.
Mane menyertai Liverpool pada 2016 dan bermain 260 perlawanan untuk Liverpool. Menjaringkan 129 gol untuk The Reds.
Dia menjadi nadi penting Liverpool dalam memenangi UCL, EPL dan kesemua piala domestik lain dalam tempoh tersebut.
Mane kemudian menyatakan dia mahukan cabaran baharu. Bayern berminat mendapatkan pemain tersebut dan membayar sekitar €40 juta untuk pemain itu.
Namun sejak menyertai Bayern, karier Mane tidak seindah yang dia harapkan seperti di Liverpool.
Dia malah terlibat kontroversi menyerang muka rakan sepasukannya Leroy Sane. Dia didenda sebanyak €500,000 oleh kelab.
Mane sebenarnya turut digantung oleh kelab, namun Leroy Sane meminta hukuman penggantungan itu dimansuhkan.
Mane bergelut dengan prestasi dan kecergasannya. Membuatkan Bayern merumuskan bahawa Mane adalah pembaziran.
Kini mereka sedia menjual Sadio Mane dengan separuh harga iaitu hanya €20 juta atau £17 juta.
Harga yang diletakkan Bayern untuk Sadio Mane itu dianggap harga lelong besar besaran.
Mereka mahu memastikan Mane dijual segera pada jendela perpindahan kali ini.
Kelab dari Arab Saudi antara yang berminat dengan Sadio Mane. Bayern benar benar berharap Sadio Mane akan terbuka untuk berpindah kerana namanya tiada dalam perancangan Thomas Tuchel.
Kini kelab itu memfokuskan usaha untuk mendapatkan Harry Kane.