Al Nassr sebelum ini sudah memulakan usaha untuk mendapatkan Sadio Mane. Namun pemain itu tidak bersetuju, dan masih mahu mempertahankan tempatnya dalam Bayern Munich.
Mane tidak ada dalam perancangan Tomas Tuchel musim ini. Dia sudah diberitahu bahawa kelab sudah mencpai kesepakatan harga dengan Al Nassr.
Mane awalnya tidak berminat untuk menyertai kelab Arab Saudi itu. Namun selepas beberapa kali usaha Al Nassr cuba berunding dengan Mane, akhirnya Mane dan ejen pemain itu setuju untuk mendengar tawaran daripada kelab itu.
Al Nassr berjumpa dengan ejen Mane di Tokyo dan dilaporkan mereka akhirnya mencapai kesepakatan.
Bayern sudah lama setuju dengan harga €37 juta yang ditawarkan oleh Al Nassr untuk mendapatkan Sadio Mane.
Al Nassr benar benar optimis bahawa Mane akan menjadi gandingan baharu Cristiano Ronaldo di kelab itu.
Nama Sadio Mane malah disertakan dalam senarai awal 35 pemain yang akan beraksi dalam Liga Juara Juara Arab.
Understand Al Nassr are set to offer around €37m to Bayern for Sadio Mané. Saudi side is now really confident to make it happen 🚨🟡🔵 #AlNassr
Talks advancing to final stages between clubs.
Mane’s agent, negotiating terms of the contract with Al Nassr. pic.twitter.com/wXkwnS4a1p
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 27, 2023
Sadio Mane gagal memberikan impak yang diharapkan di Bayern selepas perpindahan €45 juta dari Liverpool. Pemain itu turut dilanda kontroversi menumbuk Leroy Sane membuatkan dia dihukum oleh kelab.
Musim lalu, Mane diundi oleh pemain profesional di Bundesliga sebagai pemain paling teruk / flop dalam Liga Jerman.
Kini pemain itu boleh memulakan kehidupan baharu di Al Nassr.