Pada bulan Ramadan, pemain bola sepak profesional pastinya merasai impak perubahan pada rutin pemakanan mereka.
Di Liverpool, pemain pemain yang beragama Islam di sana juga mengkui kesukaran yang mereka hadapi. Namun Sadio Mane berterima kasih kerana kelabnya membantu mereka dalam usaha memudahkan pemain muslim menunaikan ibadat puasa mereka.
Dalam pasukan Liverpool ketika ini, ada 4 orang pemain yang beragama Islam. Mereka ialah Mohamed Salah, Sadio Mane, Ibrahima Konate dan Naby Keita.
Sadio Mane memberitahu BeIN Sports bahawa Liverpool telah mengubah jadual latihan mereka sepanjang Ramadan ini.
Menurut Sadio Mae, kapten kelab mereka Jordan Henderson telah memainkan peranan penting dalam mencari kesepakatan terbaik dengan pengurus dan para pemain lain.
Sebelum bulan puasa, Sadio Mane dan rakan rakannya yang beragama Islam telah berbincang dengan Jordan Henderson. Mereka menyatakan kesulitan mereka ketika berpuasa dan berlatih.
Akhirnya Sadio Mane dan rakan rakan Muslimnya merasakan bahawa latihan di sebelah pagi mungkin akan lebih memudahkan pemain yang berpuasa.
Henderson mendengar cadangan itu kemudian memanjangkannya kepada Jurgen Klopp.
Dan Jurgen Klopp bersetuju untuk mengubah jadual latihan mereka. Jadual latihan ditukar daripada petang kepada latihan sebelah pagi.
Seterusnya para pemain lain yang tak berpuasa turut setuju dengan perkara tersebut.
Mane menyifatkan Liverpool sebagai kelab yang benar benar menyokong pemain beragama Islam mereka untuk menunaikan kewajiban mereka.
Liverpool striker describes club’s support for Muslim players during Ramadan https://t.co/TfWWR7vtZR
— Orbital Affairs (@Orbital_Affairs) April 27, 2022
Bercakap kepada BeIN Sports, Mane menjelaskan: “Ianya tak mudah untuk bermain dan berlatih sambil menunaikan Ramadan [berpuasa], tak mudah sama sekali.”
“Namun sebelum Ramadan tiba lagi, kami cuba memberitahu kapten kami untuk memberitahu bos, mana tahu kalau dia boleh menukar jadual latihan untuk berlatih di sebelah pagi.”
“Ini [latihan sebelah pagi] memudahkan kami [yang berpuasa]. Apabila kamu berlatih sebelah pagi, kamu ada masa yang cukup untuk berehat di rumah. Jika kamu berlatih dalam pukul 2 atau 3, ianya sangat sukar.”
Sebagai balasan, Sadio Mane dan rakan rakannya bertekad untuk memberikan yang terbaik sepanjang masa ketika di atas padang perlawanan atau pusat latihan.
“Pengurus kata, Ya! Dan saya rasa ini yang membuatkan kami menjadi lebih mudah dan kami [sebagai balasan] akan cuba memberikan yang terbaik yang kami mampu.”
Ditanya bagaimana para pemain mengendalikan puasa mereka pada hari perlawanan. Mane berkata: “Ianya tak muda, namun seperti biasa, hari perlawanan memang perkara yang berbeza [berbanding hari lain walaupun bukan pada bulan ramadan].”
“Dengan Ramadan yang agak sukar untuk pemain bola sepak, saya rasa Liverpool, mereka cuba membuatkan segalanya lebih mudah untuk kami.”