UEFA dilaporkan bakal mengambil tindakan ke atas Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFP) kerana tindakan penjaga gol Der Panzer, Manuel Neuer yang memakai lilitan kapten bercorak pelangi dalam perlawanan Euro 2020.
Menurut RT, tindakan Neuer yang memakai lilitan lengan pelangi tanda sokongan kepada LGBT itu ketika aksi di Allianz Arena adalah salah kerana ianya simbol kepada pendirian politik.
UEFA menyatakan bahawa tidak ada mana mana pemain yang dibenarkan untuk berkempen tentang politik di atas padang.
UEFA have launched an investigation against the DFB due to Manuel Neuer's rainbow captain armband worn during the Euros. UEFA consider it as a political sign during a game which is prohibited according to their rules. The DFB could now face a fine [@ntvde] pic.twitter.com/gpp1xCR0F4
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) June 20, 2021
Kecaman dari peminat
Ramai yang keliru dengan kenyataan oleh UEFA. Kerana dalam liga domestik seperti di England dan Jerman, kempen menggunakan simbol pelangi adalah dibenarkan.
Malah di EPL, UEFA menyokong kempen mewajibkan pemain dan pasukan menggunakan simbol pelangi sebagai tanda sokongan kepada kempen Pride itu.
Sebelum ini ada pihak menuduh kempen pelangi ini memang bermotifkan politik, tetapi UEFA dan FIFA pula menyokongnya dan menganggap ia adalah tidak bermotifkan politik, sebaliknya kemanusiaan atas dasar kesamarataan.
Beberapa jam selepas dikecam kerana pendirian yang tidak konsisten, DFB kemudian mengesahkan bahawa siasatan oleh UEFA ke atas mereka akhirnya berakhir.
UEFA have today shared with the DFB that they have stopped the review of the rainbow captain's armband worn by @Manuel_Neuer.
In a letter, the armband has been assessed as a team symbol for diversity and thus for a 'good cause.' #EURO2020 #GER pic.twitter.com/HFiAAQ6F5D
— Germany (@DFB_Team_EN) June 20, 2021
UEFA kemudian mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas DFB kerana mendapati, ianya tidak ada unsur unsur politik.
Ini bukan pertama kali dalam kempen Euro musim ini UEFA mahu mendenda persatuan bola sepak kebangsaan negara bertanding. Minggu lalu, UEFA mengancam akan mendenda FA negara yang terlibat – jika pemain mereka mengalihkan prop penaja.
Ianya selepas Cristiano Ronaldo, Paul Pogba dan juga Locatelli mengalihkan botol minuman penaja rasmi.
UEFA turut menegaskan segala tindakan berkaitan kelakuan pemain adalah tanggungjawab persatuan kebangsaan.
Baca juga artikel
Insiden Alihkan Prop Penaja, UEFA Beri Amaran Akan Ambil Tindakan Perundangan
Seri Dengan Hungary, Griezmann Salahkan Stadium Terlalu Bising Sebagai Puncanya
UEFA Ancam Tukar Venue Semifinal Dan Final, Jika UK Wajibkan 2,500 VIP Dikuarantin