Antoine Griezmann menjadi pemain bertaraf dunia yang pertama – yang sudah bermain di banyak stadium besar – memberikan alasan stadium bising sebagai punca pasukannya gagal menang.
Griezmann menyelamatkan pasukannya yang membawa status pasukan pilihan utama selaku juara dunia daripada diaibkan oleh Hungary.
Fiola meletakkan pasukannya di hadapan selepas kesilapan pertahanan gagal mengeluarkan bola dengan kemas.
Griezmann menyamakan kedudukan separuh masa kedua selepas berhempas pulas mencari gol penyamaan. Perancis sepatutnya boleh menang mudah perlawanan ini, dengan deretan peluang yang mereka miliki.
Namun penjaga gol Hungary, Peter Gulasci sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlangnya.
Selepas tamat perlawanan, Griezmann memberitahu BeIN Sports bahawa beliau sebenarnya tidak suka suasana dalam Puskas Arena yang terlalu bising dan penuh dengan penyokong.
Puskas Arena merupakan satu satunya stadium dengan kapasiti penuh dalam Euro kali ini – dan seramai 60,000 penyokong membanjiri stadium dalam aksi Hungary bertemu Perancis.
Kenapa & Bagaimana Kerajaan Hungary Membenarkan Arena Puskas Penuh Pada Musim Pandemik
Jika sebelum ini ramai pemain dan jurulatih merindui aksi dengan penyokong, namun tidak untuk Griezmann dan Perancis – menurut pemain itu.
“Ianya perlawanan yang sukar kerana adanya penyokong yang ramai. Kita sudah hilang kebiasaan bermain dalam stadium penuh dengan penyokong.”
“Kami gagal bermain secara berpasukan. Kami tak dapat mendengar antara satu sama lain.”
Antoine Griezmann feels France had FORGOTTEN how to play in a full stadium https://t.co/axjwybRnvL
— Mail Sport (@MailSport) June 19, 2021
“Kami telah hilang tabiat bermain di stadium yang penuh. Jadi kami terpaksa membayar harga tersebut. Ini pentas Eropah, kita semua tahu, banyak pasukan hebat dan pemain pemain hebat, walaupun berhadapan Hungary, tetap perlawanan yang sukar.”
Seterusnya Griezmann turut menganggap faktor permukaan padang yang kering juga menjadi punca mereka seri.
“Rumput hari ini kering, tak lembap. Mungkin atas kerana semua faktor ini, ianya telah banyak mempengaruhi permainan kami berbanding pasukan lawan.”
Pengurus Perancis setuju dengan cuaca yang panas menjadi antara punca pemainnya gagal bermain baik. Deschamps berkata: “Kita sudah melakukan yang terbaik, namun kita tak cukup nafas bermain dalam keadaan terlalu panas.”
Semalam kedua dua pasukan bermain dalam suhu 30 darjah celcius.
Baca juga artikel
Euro 2020: Kebangkitan Bergaya Jerman Buat Portugal Berputih Mata
Euro 2020: Sepanyol Terus Kempunan Tiga Mata Selepas Diikat Poland
UEFA Ancam Tukar Venue Semifinal Dan Final, Jika UK Wajibkan 2,500 VIP Dikuarantin