UEFA menjawab persoalan tentang venue perlawanan semifinal dan final Euro 2020 yang sudah mereka tetapkan di Wembley.

Ini setelah kerajaan UK melanjutkan lagi tempoh penguncian pergerakan kepada pelawat dari luar negara.

UEFA tetap berkeras bahawa separuh akhir dan akhir akan diadakan di Wembley yang bersejarah tetapi pada masa yang sama meminta kerajaan UK melonggarkan syarat wajib kuarantin kepada pelawat luar negara.

UEFA telah meminta surat kebenaran khas kepada 2,500 tetamu VIP dari luar UK untuk tidak dikenakan kuarantin wajib.

Dan jika kerajaan UK tidak membeirkan mereka surat tersebut, maka UEFA mengancam akan memindahkan venue pertandingan ke negara lain. Cuma buat masa ini Wembley masih pilihan utama.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan UEFA pada hari Jumaat, UEFA mengatakan:

“UEFA gembira kerana kapasiti di Wembley akan meningkat sekurang-kurangnya 50% untuk pertandingan pusingan kalah mati.”

“Pada masa ini, kami sedang melakukan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengizinkan peminat khas pasukan yang terlibat untuk menghadiri pertandingan, dengan menggunakan konsep ujian covid-19 [swab test] dan gelembung yang ketat.”

uefa

“Ini  bermaksud mereka hanya tinggal di UK kurang dari 24 jam sahaja dan mereka hanya bergerak ke kawasan terhad menggunakan pengangkutan dan tempat yang diluluskan sahaja.”

“Kami memahami tekanan yang dihadapi oleh Pemerintah dan berharap dapat mencapai kesimpulan yang memuaskan dari perbincangan kami mengenai perkara itu.

“Selalu ada rancangan kontinjensi tetapi kami yakin minggu terakhir akan diadakan di London.”

Buat masa ini, Wembley hanya membenarkan mereka yang sudah mendapat vaksinasi dan sudah melepasi perintah kuarantin wajib untuk tetamu luar negara. Ramai peminat pasukan negara lain sudah tiba di London lebih awal.

Pada masa yang sama ramai rakyat UK yang menyatakan jika kerajaan tunduk dengan permintaan double standard ini, maka kerajaan adalah hipokrit.

Baca juga artikel

Insiden Alihkan Prop Penaja, UEFA Beri Amaran Akan Ambil Tindakan Perundangan

“Di Juve Dan Perancis Saya Lebih Ofensif, Di Man United Keutamaan Adalah Bertahan”

RASMI: Parma Umum Kepulangan ‘Superman’ Buffon Selepas 20 Tahun Berpisah