UEFA mengeluarakan kenyataan rasmi mengecam tindakan pemain yang mengalihkan prop penaja. Ini selepas tindakan Cristiano Ronaldo yang mengalihkan botol Coca Cola dan Paul Pogba yang mengalihkan botol Heineken.
Semalam giliran pemain Itali, Manuel Locatelli pula mengalihkan botol Coca Cola dan menggantikannya dengan botol air mineral.
Ronaldo sebelum ini meminta orang ramai menolak minuman Coca Cola dan meminum air kosong dengan berkata ‘agua’ yang merujuk kepada air kosong dalam bahasa Portugis.
Kesannya, Coca Cola menderita dengan kerugian $4 billion pada hari berikutnya kerana saham mereka merosot dek kerana tindakan Ronaldo.
Sebagai salah seorang manusia paling berkuasa dalam bidang publisiti, pastinya Ronaldo memberikan impak yang besar.
Coca Cola sudah mengeluarkan kenyataan menerusi jurucakapnya dengan menyatakan bahawa mereka menghormati pilihan Ronaldo.
Jurucakap tersebut berkata: “Setiap manusia ada pilihan masing masing, kami menghormati pilihan Ronaldo. Namun sebenarnya kami ada menyediakan dua jenis Coca Cola. Satu yang asli dan satu lagi tanpa gula, ditawarkan kepada pemain.”
Ronaldo Bengang Dengan 2 Botol Coca Cola Dan Mengalihkannyahttps://t.co/jHEujp3kvq
— VOCKET FC (@vocketfc) June 15, 2021
UEFA ternyata tidak selesa dengan tindakan para pemain dan mendengar penaja mereka kerugian besar. Dan akhirnya mereka mengancam akan mengenakan tindakan termasuk denda jika ada pemain yang melakukan perkara serupa lagi.
UEFA dalam kenyataannya berkata: “UEFA telah memberikan peringatan kepada pasukan bertanding bahawa rakan penaja telah menjadi sebahagian penting dalam membantu menyediakan kejohanan ini dan memastikan pembangunan bola sepak di seluruh Eropah, termasuk untuk remaja dan wanita.”
Pengarah Euro 2020, Martin Kallen menambah bahawa setiap pasukan menerusi persatuan bola sepak mereka sudah berikrar akan mengikuti garis panduan tersebut.
Menurut Kallen lagi, jawatankuasa pertandingan tidak akan mendenda pemain tetapi mereka akan mendenda persatuan bola sepak negara pemain yang didapati bersalah.
Kallen menambah: “Kami sama sekali tak akan mendenda pemain. Kami akan sentiasa melalui persatuan bola sepak negara yang terlibat. Dan mereka harus memantau pemain mereka di masa akan datang. Dan kami sesekali tak akan terus mengambil tindakan kepada pemain buat masa ini.”
“Kita ada regulasi yang ditandatangani kesemua persatuan bola sepak yang terlibat.”
UEFA reminds teams of sponsorship obligations after Ronaldo case https://t.co/2Z9okBxVoJ
— Vanessa O'Connell (@VanessaOConnell) June 17, 2021
Baca juga artikel
“Di Juve Dan Perancis Saya Lebih Ofensif, Di Man United Keutamaan Adalah Bertahan”
Euro 2020: Belanda Teruskan Rentak Positif, Melangkah Ke Pusingan 16