Ibarat sirih pulang ke gagang, itulah yang paling sesuai menggambarkan tentang kepulangan semula Gianluigi Buffon ke Parma.
Buffon merupakan graduan daripada akademi Parma dan dinaikkan pangkat ke pasukan utama pada usianya yang sangat muda. Buffon menjadi sebahagian daripada generasi emas Parma yang pernag memenangi Piala UEFA / UEL pada 1999.
Penjaga gol berusia 43 tahun itu sebelum ini pernah menyumbangkan wang secara peribadi ketika membantu Parma yang berhadapan masalah kewangan dan kemudian muflis.
Buffon setuju dengan kontrak 2 tahun bersama dengan kelab yang beliau tinggalkan 20 tahun yang lalu – di mana pada 2001, Buffon menyertai Juventus dengan rekod perpindahan keluar kelab ketika itu.
Parma memuat naik video dengan kapsyen: “Kepulangan Superman.”
He is back where he belongs.
He is back home.#SupermanReturns 🔙🟡🔵@gianluigibuffon @Kyle_J_Krause @ParmaCalcio_en https://t.co/bh2FO6P8YX— 𝐏𝐚𝐫𝐦𝐚 𝐂𝐚𝐥𝐜𝐢𝐨 𝟏𝟗𝟏𝟑 (@1913parmacalcio) June 17, 2021
Buffon membuat debut Serie A ketika berusia 17 tahun dengan Parma pada 1995 dan bermain 168 kali bersama dengan kelab tersebut. Buffon meluangkan masa enam musim bersama dengan Parma.
Membantu kelab memenangi Coppa Italia dan Piala UEFA pada 1999 serta Supercoppa Italiana juga pada 1999.
Bulan lalu, Buffon mengumumkan beliau meninggalkan Juventus selepas menyertai mereka semula pada 2019 dari PSG.
Buffon masih belum mahu bersara dan mungkin mahu menabur bakti buat kali terakhir untuk kelab yang menjadi ‘asal usul’ kepada kariernya.
Buffon kemudian berkembang menjadi bakat elit bola sepak dunia. Dan menjadi antara penjaga gol terbaik dalam generasinya.
Beliau turut membantu negaranya menjulang Piala Dunia pada 2006.
Baca juga artikel
Juventus Sedia Tewaskan Arsenal Dalam Perebutan Mendapatkan Locatelli
RASMI: Ramos Tinggalkan Real Madrid Selepas 16 Tahun Kerana Polisi ’30 Tahun’ Kelab
Kenapa & Bagaimana Kerajaan Hungary Membenarkan Arena Puskas Penuh Pada Musim Pandemik