Arsenal sudah lama berminat dengan Manuel Locatelli. Malah Mikel Arteta sudah memantau pemain tersebut sepanjang musim lalu.

Selepas aksi cemerlang pemain itu dalam aksi Euro 2020, Arsenal bakal berhadapan dengan persaingan sengit dari Juventus sekiranya mereka mahukan pemain tersebut.

Locatelli turut menarik perhatian beberapa kelab Inggeris yang lain, menurut laporan Fabrizio Romano.

Locartelli menjaringkan 2 gol berhadapan dengan Switzerland pada Rabu. Aksi yang dianggap menggariskan bakat sebenar pemain tersebut.

Max Allegri yang baru dilantik semula menjadi pengurus Juventus, kini mahukan pemain itu menyertainya di Turin. Locatelli kini bermain untuk Sassuolo.

Allegri mahu menguatkan lagi bahagian tengah Juventus dan dijangka akan melepaskan beberapa pemain. Juventus sedia menawarkan tawaran yang baik buat Locatelli walaupun sedar kemampuan pasukan EPL dari segi kewangan yang sangat kuat.

Namun Juventus akan cuba menarik Locatelli dengan bola sepak peringkat Eropah iaitu UCL.

Sassuolo sudah menyatakan keterbukaan mereka mendengar sebarang tawaran bermula daripada €40 juta.

0_Locatelli

Aksi cemerlang Locatelli bersama Sassuolo membuatkan beliau dipanggil oleh Roberto Mancini untuk menguatkan skuad Itali dalam aksi Euro 2020.

Musim lalu beliau menjaringkan 4 gol dalam 34 penampilan. Locatelli yang baru berusia 23 tahun menunjukkan aksi cemerlang dan memiliki banyak ruang lagi untuk meningkatkan kemampuannya.

ESPN melaporkan bahawa Arsenal sudah menanam minat mereka ke atas Locatelli sebelum kejohanan Euro bermula.

Namun pemain itu tidak berunding dengan mana mana kelab selepas tamat musim lalu kerana mahu fokus kepada tugasan kebangsaan untuk Itali.

Baca juga artikel

Euro 2020: Terus Catat Kemenangan, Itali Sahkan Tempat Ke Pusingan 16

Euro 2020: Sumbangan Berkesan Gareth Bale Pastikan Wales Atasi Turki

RASMI: Ramos Tinggalkan Real Madrid Selepas 16 Tahun Kerana Polisi ’30 Tahun’ Kelab