Sergio Ramos rasminya akan meninggalkan Real Madrid selepas 16 musim bersama gergasi La Liga — apabila kontraknya tamat pada akhir bulan ini. Perkara itu disahkan kelab pada Rabu.
Madrid akan mengadakan majlis perpisahan untuk kapten yang telah lama berkhidmat untuk mereka di hadapan presiden kelab Florentino Perez pada hari Khamis.
Ramos, 35, mahukan perjanjian baru dua tahun untuk kekal di Madrid tetapi sumber memberitahu ESPN bahawa Perez tidak bersedia untuk melanggar polisi kontrak hanya satu tahun kepada pemain yang berusia lebih dari 30 tahun.
Perbincangan di antara Perez dan Ramos telah berlangsung sepanjang tahun lalu dan berterusan hingga bulan Jun. Namun ada beberapa isu yang dilaporkan membawa kepada konflik antara Ramos dan Perez.
The biggest legend in the club's history is leaving @realmadrid. All the best on your next step, my bro. Still look back so fondly on our time spent together in Madrid 🤍 #theBestCBever @SergioRamos pic.twitter.com/FXbzwrjQvn
— Mesut Özil (@M10) June 16, 2021
Antaranya, Ramos menentang pemotongan gaji. Dan beliau dilaporkan meminta pemain lagi berbuat begitu. Ini kerana Ramos tidak berpuas hati gaji yang dipotong itu bakal digunakan untuk menambah dana membeli Kylian Mbappe serta membayar kontrak pemain itu.
Berbalik kepada kontrak di Real Madrid. Ramos mahukan kontrak baharu 2 musim dan sanggup untuk menerima sebarang kenaikan pada kadar gajinya.
Carlo Ancelotti sebelum ini menyatakan bahawa beliau masih sedia untuk bekerjasama dengan Ramos jika pemain itu kekal. Namun nampaknya tidak ada reunion antara mereka.
Ke mana destinasi Ramos?
Ramos menjadi buruan banyak kelab termasuk PSG dan Manchester City. Namun juara England musim lalu itu, dilaporkan sedang mendahului persaingan untuk mendapatkan kapten Madrid itu.
City menawarkan kontrak 2 musim sehingga 2023 kepada Ramos dengan opsyen untuk menamatkan kariernya dengan kontrak lumayan bersama kelab MLS – New York City FC – yang merupakan kelab dimilik oleh City Football Group.
Guardiola masih yakin dengan keupayaan Ramos pada masa yang sama mahu menggunakan pengalaman pemain itu di atas padang terutama sekali dalam saingan UCL.
Pep juga berharap Ramos akan mencurahkan ilmunya kepada pemain pemain lebih muda seperti Ruben Dias dan John Stones serta Nathan Ake.
Guardiola dikatakan akan menjadi faktor penting kepada usaha membawa Ramos ke Etihad
Namun buat masa ini, Ramos, yang membuat 671 penampilan untuk Madrid, menjaringkan 101 gol, masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya – tentang kelab mana yang beliau akan sertai.
Baca juga artikel
Kenapa & Bagaimana Kerajaan Hungary Membenarkan Arena Puskas Penuh Pada Musim Pandemik
Copa America: Gol Sepakan Percuma Kelas Dunia Messi Belum Cukup Untuk Elak Argentina Keciciran Mata