Cristiano Ronaldo menimbulkan kontroversi dengan penaja Euro 2020 – Coca Cola. Ini apabila bintang Portugal itu mengalihkan prop promosi botol Coca Cola dan kemudian menegah orang ramai daripada meminumnya.

Ronaldo dari awal lagi tidak selesa dengan botol tersebut. Namun tidak sangka apa yang sedang difikirkannya akhirnya diterjemahkan kepada kelakuan spontannya.

Insiden itu berlaku dalam sidang media sebelum aksi Portugal menentang Hungary. Aksi pembukaan untuk Ronaldo dan rakan rakannya dalam usaha mempertahankan kejuaran Euro.

Ronaldo menolak dua botol coca cola itu ke tepi, dan tidak kelihatan dari bingkai kamera sambil memberikan isyarat ‘agua’ merujuk kepada ‘minum air kosong, bukannya air berkarbonat’.

Ronaldo ternyata tidak suka dengan promosi air bergas dalam acara sukan seperti Euro.

https://twitter.com/juvecanal2/status/1404501912293097476

https://youtu.be/qRzAX_0HLrM

Walaupun pihak penaja dikatakan kecewa dengan tindakan Ronaldo. Namun atlet seperti Tom Brady menyokongnya. Kerana menurut Brady, Ronaldo adalah veteran dalam dunia sukan dan dia tahu apa yang memudaratkan fizikal serta kesihatan.

“Ianya ibarat veteran yang tahu apa yang dia sedang buat,” kata Brady.

“Kita akan minum yang itu, air! Titik.”

Ronaldo memang dikenali dengan sikap obses beliau dengan penjagaan kesihatan fizikal dan juga mental. Beliau hanya makan makanan yang sihat. Ronaldo sangat cerewet soal pemakanan serta tidur yang cukup.

Sebelum ini Ronaldo menyatakan dia paling bencikan minuman bergas, bergula serta makanan bergoreng.

Oleh sebab itulah beliau mampu bermain di peringkat dan kelas tertinggi sehingga usianya sekarang – 36 tahun.

Baca juga artikel

Analisis: Morata Hampakan Enrique Lagi, Alexander Isak Curi Tumpuan

Messi Mahu Julang Copa America

Mbappe Akui Terasa Hati Dengan Kenyataan Giroud