Kapten dan legenda Portugal, Cristiano Ronaldo tidak dapat menahan kesedihannya apabila negaranya gagal layak secara automatik ke Piala Dunia 2022.

Di mana gol minit akhir Mitrovic telah membantu Serbia mengejutkan pasukan pilihan Portugal – untuk mara ke Qatar 2022.

Portugal menjadi pasukan yang sangat dominan ke atas lawan mereka. Membuka tirai perlawanan dengan gol pedahuluan oleh Renato Sanches pada minit ke-2 lagi.

Pemain itu terus menunjukkan prestasi cemerlangnya, terutama sekali di peringkat kebangsaaan.

Namun Serbia berjaya bangkit dan menyamakan kedudukan menerusi Dusan Tadic pada minit ke-33.

Perlawanan dilihat bakal berakhir seri. Dan jika itu berlaku, ia sudah cukup untuk membantu Portugal mara terus ke Qatar 2022.

Malangnya, pada minit akhir perlawanan, aksi dramatik berlaku apabila Aleksandar Mitrovic menanduk masuk bola dari kedudukan yang sesak dengan pertahanan lawan.

Kredit juga kepada Dusan Tadic yang melakuka hantaran lintang yang sangat cantik.

Stadium Estadio Da Luz tergamam melihat detik penuh kegilaan itu.

Gol itu memastikan Serbia terus menempah tiket ke Piala Dunia 2022, menyertai pasukan seperti Jerman, Denmark, Brazil, Belgium, Perancis, Croatia, Sepanyol dan hos, Qatar.

Portugal terpaksa bermain di pusingan play off. Selepas tamat perlawanan, Ronaldo dilihat menangis. Dia sangat kecewa dengan kegagalan mereka melayakkan diri secara automatik.

Ronaldo memiliki satu lagi peluang untuk cuba memenangi Piala Dunia dalam kariernya selepas membantu negaranya memenangi Euro serta Piala Bangsa Eropah sebelum ini.