Penjaga gol legenda asal Itali, Gianluigi Buffon dilaporkan bakal umum persaraan dari bola sepak pada usia 45 tahun.

Baca Juga:

Pengumuman itu dibuat sebaik sahaja urusan penamatan kontrak dengan Parma selesai. Buffon kini dalam rundingan dengan kelab itu untuk menamatkan kontrak lebih awal atas persetujuan bersama.

Buffon musim lalu beraksi untuk Parma dengan gaji yang jauh lebih rendah daripada dia dapat sebelum ini.

Ianya sebagai membalas jasa kelab yang menaikkan namanya pada awal kariernya dahulu sebelum dia menikmati karier luar biasa bersama Juventus, PSG.

Buffon juga merupakan penjaga gol yang sangat disegani ketika mewakili Itali dengan membantu negara itu menjuarai Piala Dunia 2006.

Buffon pernah membuat keputusan untuk kekal bersama Juve dan menerima pemotongan gaji ketika kelab itu disingkirkan ke Serie B kerana skandal Calciopolli.

Membuatkan dia sentiasa diingati sebagai salah seorang legenda sejati kelab bersama sama nama lain seperti Pavel Nedved, Alessandro Del Piero, David Trezeguet dan Mauro Camoranesi, Camoranessi.

Ketika itu bintang Juve yang lain memutuskan untuk berpindah ke kelab lain kerana mahu bermain di liga utama atau UCL.

Sepanjang kariernya Buffon telah memenangi hampir segalanya di peringkat kelab kecuali Liga Juara Juara Eropah.

Dia dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik sepanjang zaman dalam sejarah sukan bola sepak.

Buffon telah bermain sebanyak 1,151 kali untuk kelab dan negaranya di peringkat profesional. Sudah memenangi keseluruhan 29 trofi. Dia memulakan karier dari 1995 dan Buffon bakal umum persaraan beliau pada 2023.