Anak anak buah Gareth Southgate sudah bertekad akan mewarnakan rambut mereka warna perang terang seperti Phil Foden jika mereka menjuarai Euro 2020 kali ini.
Sebelum ini Foden mewarnakan rambutnya berwarna perang terang untuk meniru gaya ikonik Paul Gazcoigne satu ketika dahulu ketika Euro 1996.
Foden menyatakan beliau mahu membangkitkan semangat Gazza dalam dirinya untuk menamatkan kemarau piala major sejak kali terakhir mereka menjulang piala pada 55 tahun yang lalu.
Selepas itu England gagal untuk meraih sebarang kejuaraan major di peringkat antarabangsa walaupun beberapa kali hadir dengan status pasukan pilihan.
The #ENG squad will all dye their hair blond if they win #EURO2020…👀
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) June 21, 2021
Foden sudah menyatakan beliau tidak mahu dibandingkan dengan Paul Gascoigne. Di mana pada 1996, Gazza menjadi nadi England mara sehingga ke separuh akhir Euro.
England akan berhadapan dengan Republik Czech pada aksi terakhir kumpulan selepas seri dengan Scotland.
Southgate mahu anak anak buahnya fokus kepada aksi terakhir tersebut untuk menamatkan saingan sebagai juara kumpulan.
Pada 2019 yang lalu, England tewas 1-2 di tangan Republik Czech. Dan Southgate menjangkakan mereka akan diberikan tentangan sengit dengan gaya permainan fizikal daripada lawan mereka itu – terutama sekali daripada rutin bola mati.
England menjadi pasukan pilihan untuk kejuaraan kali ini selain daripada Perancis.
Walaubagaimanapun, Scotland ternyata memberikan mereka realiti pada aksi sebelum ini.
England dilihat memiliki kelebihan kerana bermain di Wembley. Dan jika mereka mara sampai ke separuh akhir dan akhir, Wembley akan menjadi venue.
Baca juga artikel
UEFA Ancam Hukum DFB Kerana Lilitan Pelangi, Peminat Keliru ‘SOP’ UEFA Yang Tak Konsisten
Mourinho: “Hazard Seorang Pemalas Di Sesi Latihan Dan Hanya Bergantung Pada Bakatnya”
Seri Dengan Hungary, Griezmann Salahkan Stadium Terlalu Bising Sebagai Puncanya