Pemain kacukan negara, Kobe Chong kekal beraksi di England apabila beliau menyertai kelab yang beraksi dalam saingan divisyen enam negara itu.

Perkara ini dikongsikan oleh Kobe sendiri menerusi laman sosial media miliknya dimana kelab yang disertainya ialah AFC Telford United dan beliau sudahpum turun beraksi bersama pasukan baharunya.

Sebelum ini, pemain berusia 20 tahun itu dikaitkan dengan salah sebuah pasukan Liga Malaysia iaitu Sri Pahang selepas beliau dilepaskan oleh Peterborough United.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, Kobe sudah beraksi dalam perlawanan persahabatan ketika saingan liga dihentikan dan mula bergaul dengan beberapa pemain Pahang.

Kobe dikaitkan dengan Sri Pahang setelah pemain itu pernah berjumpa dengan presiden Pahang Rangers, YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada Mei lalu.

Akan tetapi, tiada kata sepakat yang berjaya diraih oleh kedua-dua pihak sekaligus menyaksikan Kobe kekal beraksi di England dengan menyertai Telford.

AFC Telford United ditubuhkan pada 2004 oleh peminat setelah kelab asal iaitu Telford United dibubarkan pada musim 2003-2004 ekoran masalah kewangan yang menyaksikan kelab itu gagal melunaskan hutang sebanyak £4 Juta.

Peminat yang tidak mahu melihat kelab kesayangan mereka terkubur kemudiannya memutuskan untuk menubuhkan AFC Telford bagi meneruskan legasi yang telah dicipta oleh kelab lama.

Dalam saingan National League North musim lalu, AFC Telford menamatkan saingan di tangga ke-20 sekaligus mengelak daripada tersingkir divisyen bawahan.

Kehadiran Kobe Chong dilihat mampu untuk meningkatkan mutu pasukan dimana beliau pernah beraksi bersama beberapa akademi kelab ternama di Eropah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Maguire: ‘Liverpool Dulu, Kemudian Barulah Manchester City’

Kontrak Bersama Fenerbahce Ditamatkan, Ozil Bakal Beralih Ke ‘Esports’?

Nguyen Quang Hai Jaringkan Gol Pertama Bersama Pau FC