Jodoh Mesut Ozil dan Fenerbahce dikatakan sudah sampai ke penghujung selepas kedua-dua pihak dikatakan telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak pemain tengah berusia 33 tahun itu.

Perkembangan terkini yang disahkan media di Turki, NTV Spor itu sudah pastinya menimbulkan tanda tanya mengenai haluan baharu yang bakal diambil pemenang  Piala Dunia 2014 tersebut selepas ini.

Laporan dari sumber yang sama turut mengatakan bahawa sebuah lagi kelab tempatan iaitu Istanbul Beseksehir sudah menghubungi Ozil untuk mengatakan hasrat bagi membawa pemain tersebut ke Fatih Terim Stadium.

Namun, Ozil sebelum ini membuat pendedahan yang mengatakan beliau tidak akan mengakhiri kariernya selain daripada bersama Fenerbahce. Pendirian itu disifatkannya sebagai tanda cinta dan hormat kepada para penyokong kelab tersebut.

Kredit foto: Instagram Mesut Ozil

Malah, Dr Erkut Sogut yang merupakan ejen kepada Ozil pernah memberikan bayangan awal bahawa pemain tengah kelahiran Gelsenkirchen, Jerman itu bakal memberikan fokus sebagai pemain e-sukan (esports) secara kompetitif.

Hal ini kerana Ozil sudah pun memiliki kelab e-sukan yang dinamakan M10 Esports dimana beliau turut menyediakan ‘gaming house’ di Jerman.

“Saya merasakan dia tidak akan bermain bola sepak bersama mana-mana pasukan lagi. saya tidak melihat perkara tersebut – hanya bersama Fenerbahce dan itu sahaja.”

“Dia akan lebih untuk memiliki e-sukan, bermain sendirian dan mungkin menjadi atlet e-sukan,” ujar Dr Erkut.

‘Dia sangat bagus [bermain permainan komputer], sejujurnya dalam permainan Fortnite dan saya merasakan satu hari nanti bukanlah sesuatu yang mengejutkan sekiranya dia menyertai pertandingan.”

“Dia memiliki kelab sendiri – M10 Esports – dan dia mempunyai pemain sendiri. Dia juga memiliki ‘gaming house’ di Jerman. Dia juga bermain permainan video bola sepak seperti Fifa serta Fortnite.”

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Mesut Ozil: Tiada Kelab Lain, Saya Hanya Akan Bersara Di Fenerbahce

Kelab Arab Saudi, Al-Shabab Mahu Dapatkan Khidmat Mauro Icardi

Nguyen Quang Hai Jaringkan Gol Pertama Bersama Pau FC

 

 

 

 

 

Sumber