David Ornstein merupakan sumber rujukan paling dipercayai peminat Arsenal. Penulis The Athletic itu melaporkan bahawa Mesut Ozil akan menerima bonus kesetiaan jika beliau kekal sehingga masuk tahun akhir kontraknya.
Kontrak semasa Ozil akan berakhir pada tahun hadapan. Ini bermakna Ozil hanya perlu kekal sehingga perpindahan musim panas 2020.
Menurut The Athletic lagi, berdasarkan perjanjian, bonus itu sepatutnya sudah dibayar Arsenal minggu lalu walaupun pemain Jerman itu setakat ini masih belum beraksi untuk The Gunners — sebaik sahaja liga bersambung semula pada musim lalu.
Ozil menandatangani kontrak baharu pada 2018. Ornstein melaporkan, kelab tidak membayar bonus berkaitan dengan pencapaian berasaskan prestasi di atas padang kerana Ozil tidak memenuhi kriteria itu.
Aksi terakhir Ozil adalah pada Mac. Dan Ozil terus menjadi pemain tersisih di Arsenal. Malah The Gunners berdepan kesukaran untuk meminjamkan keluar ataupun menjual Mesut Ozil kerana pemain itu enggan menerima pemotongan gaji di kelab lain.
Tidak ada pasukan yang sanggup membayar Ozil £350,000 seminggu terutama sekali ketika krisis koronavirus yang melanda dunia.
🚨⚽️ @TheAthleticUK column ⚽️🚨
🔴 Ozil‘s £8m loyalty bonus + Saliba set to stay
👹 Romero wanted Everton move
🎰 Gambling advertising still set to be banned
🦁 Millwall £100k social distancing measures
🐟 Grimsby’s Boyd + Grist eyed by Liverpool & Chelseahttps://t.co/IZJjUdDFha— David Ornstein (@David_Ornstein) October 12, 2020
Namun minggu lalu, TyC Sports melaporkan kelab Saudi Arabian – Al-Nassr – telah menghantar bidaan £5 juta untuk mendapatkan Mesut Ozil.
Ozil menolak tawaran itu, walaupun kelab itu dikatakan sanggup membayar Ozil gaji yang sama. Ozil mengulangi ikrarnya mahu terus kekal sehingga kontraknya tamat.
Ozil masih berharap beliau akan dapat bermain sekali lagi. Legenda Arsenal, Martin Keown menyatakan situasi Ozil sekarang sudah berada di tahap ‘kurang sihat’ di Arsenal ketika pemain itu menolak untuk dipotong 12.5%.
Keown memberitahu talkSPORT: “Ada yang menyatakan bahawa Arteta akan memberinya peluang dan dia tidak begitu gembira dengan etika kerja Ozil.”
“Dia bukan orang yang dapat menjadi contoh pemain lain. Saya benar-benar fikir dia mempunyai hati yang baik, kerana apa yang dia lakukan untuk bersedekah, tetapi ketika dia mempersoalkan tentang pemotongan gaji, ia mempengaruhi yang lain.”
Mesut Ozil received an £8m loyalty bonus from Arsenal last month. 😳
✍️ via @TheAthleticUK pic.twitter.com/JNfpgUkhaE
— Micky Green’s Tips (@_MickyGreenTips) October 12, 2020
“Perkara itu dia lakukan pada masa yang kurang tepat.”
“Sekiranya anda memikirkan wang yang dibayar Arsenal untuknya … £18 juta setahun, itu setara dengan pembayaran faedah pinjaman di Stadium Emirates.”
“Begitulah sekatannya. Mereka perlu mengurangkan kerugian dan membayarnya.
“Ini akan memberikan mesej tidak sihat kepada kumpulan, mencipta satu budaya baharu, kerana sekarang ini, situasinya kurang sihat.”
Baca juga perkembangan lain
Felix Magath: Messi Yang Bagi Barcelona Trofi Bukan Guardiola, Klopp Pun Bukannya Bagus
Rashford Ledak Gol Pada Hari Pertama Bermain Dengan Darjah Kebesaran MBE