Pemain tengah Chile, Arturo Vidal tidak berpuas hati tewas di tangan Brazil dalam aksi suku akhir Copa America.

Brazil menang 1-0 dalam aksi tersebut dan layak ke separuh akhir untuk berhadapan dengan Peru.

Vidal yang kecewa menyatakan bahawa Brazil menang atas bantuan pengadil dan sudah tak sabar bertemu Brazil dalam satu lagi perlawanan dengan mereka, kali ini tanpa bantuan pengadil.

Pada September nanti, Brazil akan datang ke Chile pada kali ini untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia. Di mana Vidal yakin ianya akan menjadi perlawanan yang lebih adil dan neutral menurutnya.

Dan Vidal mahu melihat sejauh mana kehebatan Brazil tanpa bantuan pengadil.

Menerusi instagramnya, Vidal menulis: “Juara dua kali [Chile] telah membuatkan kamu berlutut [gerun]. Jumpa kamu sekali lagi di Chile, kali ini bermain tanpa bantuan [pengadil].”

Vidal meletakkan gambar pengurus Brazil, Tite dengan emoji thumb down.

whatsapp-image-2021-07-03-at-13.02.37

Vidal merupakan pemain yang paling banyak membantah dan mengkritik pengadil di atas padang dalam aksi antara kedua dua pasukan terutama sekali ketika gol Chile dibatalkan kerana VAR.

VAR mendapati gol tersebut dibina daripada pergerakan yang melibatkan ofsaid oleh pemain Chile.

1625358685-neymarvidal

Dalam catatan lain, Vida menulis bahawa dia bangga kerana mereka sepasukan telah mendedikasikan hidup mereka di atas padang dan telah berjaya membuatkan pemain Brazil berlutut lagi”  — satu foto menunjukkan pemain Brazil iaitu Neymar yang berlutut dalam penentuan penalti pada 2014, ketika pusingan ke-16 Piala Dunia.

Brazil yang menjadi tuan rumah ketika itu, berjaya mara ke suku akhir dengan kemenangan 3-2 dalam penentuan penalti.

Vidal turut menuduh perlawanan tersebut juga, Chile gagal menang kerana pengadil.

Bintang Chile melengkapkan provokasi dengan mengatakan bahawa mereka akan bertemu lagi di Chile pada bulan September, untuk kelayakan, dan pada hari itu nanti: “Kita akan lebih bersedia dan kita akan melihat siapa yang akan menang,” tegas Vidal.

Baca juga artikel

Netizen Marah Dembele Guna Kata Kata Berbaur Rasis Kepada Orang Asia

Kakak Courtois Minta Maaf Tuduh Spinazzola Berlakon Cedera Guna IG Thibaut Courtois

Southgate Kagumi Shaw, Catat 2 Assist Dan Statistik Luar Biasa