Nama bintang Perancis dan Barcelona, Ousmane Dembele terpalit dengan kontroversi dituduh rasis kepada orang Asia.

Ini selepas satu video tular menunjukkan Ousmane Dembele mempersenda dan menghina wajah beberapa juruteknik di hotel yang cuba membantu memperbaiki televisyen di dalam bilik penginapan dia dan Griezmann.

Ramai peminat meletakkan tanda pagar “Stop Asian Hate”. Kempen yang dilakukan oleh netizen sejak beberapa bulan lalu mengecam rasis ke atas orang Asia terutama sekali di Amerika Syarikat.

Dembele menghina wajah juruteknik yang berada di situ dengan komen: “Ini semua wajah wajah hodoh, maka kamu boleh bermaiin PES [Pro Evolution Soccer], kamu ni jenis tak malu ke?”

“Bahawa mundur apakah yang digunakan itu,” tanya Dembele.

“Adakah kamu ni tahu tentang teknologi di negara kamu atau tak? Bukankah kamu harus berkembang maju bersama sama dengan negara kamu,” Dembele kemudian ketawa sambil zoom muka seorang pekerja yang sedang berbincang dengan staf lain.

Dembele kemudian zoom kamera ke arah Griezmann yang tidak berkata apa apa, cuma senyum.

Video mereka tular dengan banyak di media sosial terutama sekali di Jepun. Di mana beberapa laman media sosial Jepun telah meletakkan terjemahan bahasa yang digunakan Dembele.

Mereka turut mengenalpasti mangsa tersebut.

Beberapa media percaya kejadian itu bukan berlaku di kem Perancis. Sebaliknya di kem Barcelona ketika jelajah ke Jepun pada 2019. Jika benar, maka ketika itu Griezmann baru sahaja menyertai Barca.

Seorang warganet mengecam Dembele dengan berkata: “Di kala kamu meminta dunia memberikan perhatian kepada BLM, kamu pula berperangai rasis kepada orang Asia. Maka ayuh lancarkan kempen ALM pula – merujuk kepada Asian Live Matter.”

Seorang lagi pengguna yang lain mengingatkan Dembele bahawa, negara yang dia hina bahasanya itulah yang memberikan tajaan jutaan dollar setiap tahun dan menampung membayar gajinya – merujuk kepada Rakuten yang menaja jersi Barca dengan kontrak US$64 juta semusim.

Dan Barcelona sekarang dalam proses membincangkan kontrak baharu dengan Rakuten untuk kontrak baharu yang lebih besar. Kontrak semasa akan berakhir tahun ini.

Baca juga artikel

Kakak Courtois Minta Maaf Tuduh Spinazzola Berlakon Cedera Guna IG Thibaut Courtois

Southgate Kagumi Shaw, Catat 2 Assist Dan Statistik Luar Biasa

Unai Simon: “Saya Akan Berikan Trofi MVP Ini Kepada Sommers”