Luis Enrique yang baru dilantik menjadi pengurus PSG sudah bercadang untuk menjadikan Ousmane Dembele sebagai pembelian pertamanya di kelab itu.
Baca Juga:
- Xavi Putuskan Untuk Masukkan Dembele, Sementara De Jong Selamatkan Barca Dari Kalah
- Dembele Masih Tak Dapat Dijual Kerana Gajinya Terlampau Mahal
- Xavi Yakin Dembele Akan Menjadi Pemain Terbaik Dunia Di Posisinya
Pemain antarabangsa Perancis itu merupakan pemain yang diminati oleh Enrique dan rakan baik kepada Kylian Mbappe.
Malah sebelum ini Mbappe pernah mencadangkan PSG mendapatkan Ousmane Dembele dari Barcelona.
Kelab Catalan tersebut kurang gembira dengan berita ini. Kerana PSG sedia menawarkan gaji lebih tinggi kepada pemain itu yang menerima pengurangan gaji sebelum ini.
Dembele awalnya pada masa itu menolak lanjutan kontrak baharu selepas kelab beberapa kali cuba menjualnya. Namun akhirnya dia setuju untuk kekal selepas dipujuk Xavi.
Ousmane Dembele memiliki klausa pelepasan hanya €50 juta dan PSG sedia untuk memujuk pemain itu mengaktifkan klausa tersebut.
PSG are willing to pay Dembélé's release clause of €50m. Luis Enrique highly values the player.
— @Santi_J_FM pic.twitter.com/XwpS4N22WH
— Barça Universal (@BarcaUniversal) July 6, 2023
Barcelona kini berusaha untuk menawarkan kontrak baharu kepada Ousmane Dembele yang telah berjaya meyakinkan Xavi sejak menjadi pengurus kelab itu.
Xavi malah pernah melabel Dembele sebagai pemain yang akan menjadi yang terbaik di dunia dari kalangan pemain di posisi yang sama dengannya.
Dembele dibeli oleh Barcelona dari Dortmund dengan nilai €110 juta beberapa tahun lalu. Kemudian banyak dilanda kecederaan.
Namun dalam beberapa musim kebelakangan ini dia berjaya mendapatkan lebih banyak minit permainan dan membuktikan dia adalah pemain sayap yang sangat hebat.
Enrique yakin bahawa Dembele adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan pembelian penting PSG untuk digandingkan dengan Kylian Mbappe di bahagian serangan pasukan itu.
Mbappe masih belum berganjak dengan keputusannya untuk tidak melanjutkan kontraknya. Dengan Nasser Al Khelaifi memberikannya masa dua minggu untuk berbuat demikian atau dia dijual segera.