Ousmane Dembele berpeluang untuk menyertai PSG segera sebelum Ogos. Ianya kerana klausa pelepasan pada kontraknya yang agak rendah akan termansuh pada akhir Julai ini.
Baca Juga:
- Enrique Mahu Jadikan Ousmane Dembele Pembelian Pertamanya Di PSG
- Xavi Putuskan Untuk Masukkan Dembele, Sementara De Jong Selamatkan Barca Dari Kalah
- Dembele Masih Tak Dapat Dijual Kerana Gajinya Terlampau Mahal
Berdasarkan klausa pelepasan semasa, Dembele boleh pergi ke kelab lain jika klausa pelepasan bernilai €50 juta diaktifkan.
Dan kini bermula Ogos, klausa pelepasan itu akan meningkat kepada €100 juta.
Jadi PSG benar benar berharap akan dapat menandatangani Dembele sebelum memasuki Ogos. Dengan rundingan antara kedua dua kelab sudah berlangsung.
Dembele dilaporkan sudah memberikan lampu hijau bahawa dia berminat menyertai PSG.
BREAKING: Ousmane Dembélé says yes to Paris Saint-Germain! Initial green light to the proposal has arrived 🚨🔴🔵
PSG verbally agreed five year deal with Dembélé’s agent.
PSG have sent formal letter to inform Barcelona, now trying best way to close the deal — depends on timing. pic.twitter.com/a0EE3iMEtf
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 30, 2023
Zack Lowy melaporkan berdasarkan kontrak semasa, Dembele akan menerima separuh daripada klausa pelepasan itu jika dibayar oleh kelab lain.
If PSG triggers Ousmane Dembélé’s €50m release clause, €25m will go to Barcelona, whilst the other €25m will go to Ousmane and his agents.
This is what they agreed to after renewing his contract last year without a signing bonus. [@AndiOnrubia] pic.twitter.com/R4vfsZCxpO
— Zach Lowy (@ZachLowy) July 30, 2023
Dembele sebelum ini pernah membuatkan pengurusan Barcelona bengang apabila dia tidak mahu melanjutkan kontrak. Ketika itu dia dikaitkan dengan minat mahu ke PSG.
Namun selepas dipujuk Xavi pemain itu melanjutkan kontrak baharu bersama Barcelona.
Dembele kini bersama dengan Barcelona dalam aksi pra musim di Amerika Syarikat. Dan dia menunjukkan aksi cemerlang pada kali ini.
Xavi sebelum ini pernah menyatakan pendiriannya bahawa dia tidak mahu menjual pemain tersebut kerana menjadi nadi penting pasukannya.
Tetapi Dembele sudah menyatakan bahawa dia berminat menyertai PSG.
Sebelum ini Kylian Mbappe pernah mendesak pengurusan PSG untuk menandatangani Ousmane Dembele. Malangnya pada masa ini Mbappe turut berusaha untuk keluar secara percuma dari PSG.
Tetapi kehadiran Luis Enrique di PSG antara faktor yang membuatkan PSG benar benar berminat mendapatkan pemain itu.
Enrique Mahu Jadikan Ousmane Dembele Pembelian Pertamanya Di PSG
Adakah Dembele akan ke PSG pada jendela perpindahan kali ini?